stres

GAYA hidup yang semakin moden membuatkan manusia semakin stres. Sungguhpun begitu, ada juga individu yang begitu bijak menangani tekanan yang dihadapinya dengan begitu baik sekali. Selain daripada mengawal emosi diri, faktor pemakanan juga memainkan peranan penting dalam perubahan mood seharian anda. Berikut disenaraikan makanan yang berkhasiat dan dapat menolong mengurangkan stres yang dialami.

APRIKOT KERING

Buah ini diperkaya dengan magnesium yang mana ia mampu mengatasi stres. Ia juga terkenal sebagai cara semula jadi merelakskan sendi-sendi badan jika rajin memakannya dengan kerap.

OREN

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa vitamin C yang terkandung dalam buah oren, membantu dalam mengurangkan stres serta mengembalikan semula tekanan darah ke asal apabila berada dalam situasi yang membimbangkan. Vitamin C juga sebenarnya amat baik untuk menggalakkan sistem imunisasi tubuh seseorang.

AVOKADO

Kandungan potasium dalam buah avokado mampu mengurangkan tekanan darah. Kajian luar negara berjaya membuktikan kenyataan tersebut. Avokado dikatakan mengandungi potasium lebih banyak berbanding pisang.

KEKACANG

Kekacang seperti badam, pistacio dan walnut penuh dengan kebaikan vitamin B dan E. Antara kebaikan mengamalkan memakan kekacang sebegini dapat mengurangkan tekanan darah di samping merangsang sistem imun tubuh anda dengan lebih baik.