PENYANYI terkenal Indonesia, Krisdayanti berkongsi berita sedih mengenai pemergian bapanya iaitu Trenggono,79, yang meninggal dunia di Denpasar, Bali, hari ini.

Menerusi Instagram, Krisdayanti memohon orang ramai mendoakan arwah bapanya dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Innalillahwainnailaihirojiun, telah meninggal dengan tenang, bapa kami dalam usia 79 tahun.

“Mohon doakan agar arwah diampunkan dosanya dan diterima semua amal ibadahnya,” tulisnya.

Krisdayanti yang juga isteri kepada ahli perniagaan Raul Lemos itu turut memuat naik foto-foto kenangan semasa hayat bapanya dan paparan skrin ketika membuat panggilan video melihat jenazah buat kali terakhir.

Ruangan komen Instagramnya turut dihujani dengan ucapan takziah oleh rakan artis dan peminatnya.