Ismail Sabri Yaakob.

“Rakyat lain boleh bersabar, kenapa ada pihak masih berdegil dan merupakan penyumbang utama,” tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, memberi amaran keras kepada pengusaha kilang dan premis perniagaan yang masih berdegil melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara.

Menerusi satu hantaran di Facebook beliau, Ismail Sabri berkata sebanyak 180 kilang serta premis perniagaan diarah tutup semalam kerana gagal mematuhi arahan dan SOP ditetapkan.

“Jangan cabar arahan kerajaan, ini amaran saya kepada kilang dan premis perniagaan yang masih berdegil melanggar SOP.

Rakyat lain boleh bersabar, kenapa masih ada pihak masih berdegil dan merupakan penyumbang utama.

“Saya berbesar hati kepada netizen, penduduk sekitar dan rakyat yang sentiasa memberi maklumat pada pihak berkuasa terhadap mereka yang rakus dan tamak ini,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Menteri langgar SOP jejas kredibiliti PKP – KJ

Dalam kenyataan hariannya semalam, Ismail Sabri maklumkan pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 80,339 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara pada Rabu dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,029 orang.

Ini termasuk pemeriksaan ke atas 2,246 kilang, 15,682 premis perniagaan, 924 tapak pembinaan dan 326 asrama penempatan pekerja.

Dari jumlah itu, 180 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram