tembak mati empat

SEJAK kebelakangan ini, kes penderaan melibatkan kanak-kanak semakin banyak dilaporkan.

Penderaan yang dilakukan seolah-olah menunjukkan golongan dewasa itu tidak mempunyai hati perut dan perasaan.

Di mana sifat kemanusiaan sehingga sanggup mendera kanak-kanak tidak berdosa dan baru sahaja mahu mengenal dunia.

Itu berlaku kepada dua beradik berusia dua dan tiga tahun selepas disyaki didera pasangan pengasuh dan ahli keluarga yang telah menjaga kanak-kanak itu sejak tahun 2018 di Taman Bukit Kempas, Johor Bahru.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam kenyataan memaklumkan, polis telah menerima satu laporan kira-kira pukul 5.31 petang semalam.

Bertindak atas maklumat, beliau berkata, bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara telah berjaya menahan tiga suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.

Kata beliau, suspek utama merupakan pasangan suami isteri iaitu seorang wanita berumur 37 tahun dan suaminya berusia 57 tahun.

Baca artikel berkaitan: Polis Johor tumpaskan judi Euro babit taruhan RM44 juta, tahan 70 bookie – Ayob Khan

Ayob memberitahu, suspek ketiga pula adalah seorang remaja perempuan bahawa umur yang juga merupakan anak saudara kepada pasangan suami isteri tersebut.

“Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan dua beradik berumur dua dan tiga tahun dengan ibu bapa mangsa bekerja sebagai operator kilang serta tukang masak.

“Kedua-dua mangsa telah dihantar ke rumah pengasuh itu untuk dijaga sejak tahun 2018 ketika mereka berumur satu tahun dan enam bulan.

“Pada 10 Jun pada pukul 3 petang, kedua-dua mangsa telah didera oleh pengasuhnya dengan cara memukul, menyepak dan memijak kedua-dua mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ayob berkata, mangsa sebelum ini pernah juga dilihat didera oleh pengasuh dan ahli keluarganya.

Katanya, hasil pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru mendapati kedua-dua mangsa mengalami kecederaan soft tissue injury dan kini menjalani rawatan di hospital tersebut.

“Reman telah dipohon terhadap kesemua suspek di Mahkamah Johor Bahru dan telah mendapat kebenaran selama tujuh hari sehingga 23 Julai bagi pasangan suspek suami isteri itu.

“Atas faktor bawah umur, reman bagi suspek ketiga pula telah diluluskan selama tiga hari sehingga 19 Julai,” jelas beliau.

Kes telah disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram