gulai ayam ganu

Menu tengahari, kalau kena selera, memang tak cukup sepinggan. Lagi-lagi kalau lauk kampung yang terhidang.

Resipi gulai ayam ganu, acar nanas dan sambal belacan mangga yang dikongsikan Muliadi Ramli menerusi laman Facebook miliknya cukup membuka selera.

RESIPI GULAI AYAM GANU

Bahan :

2 kg Ayam

Rempah cap bunga rose

4 sudu besar Rempah gulai

1 1/2 sudu besar Rempah masak

3 sudu besar Kerisik

2 biji Kelapa parut ( kelapa parut dikisar guna blender kemudian diperah untuk mendapat pati santannya)

Gula melaka

4 biji Kentang (jangan potong terlalu kecil)

4 keping Asam keping

Garam

Perasa

Bahan tumis :

3 ulas Bawang merah – dimayang

2 biji Bawang putih – dimayang

1 inci Halia – dimayang

Rempah 4 skwan

5 sudu besar Cili giling

Bahan kisar :

2 ulas Bawang besar

8 ulas Bawang merah

1 inci Halia

1 inci Lengkuas

Cara :

1. Ketepikan ayam yang sudah siap dibersihkan, kemudian panaskan minyak. Minyak mesti dilebihkan untuk memastikan bahan tumisan masak.

2. Tumis cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan bahan tumisan dan 4 sekawan. Tumis lagi sehingga pecah minyak dan wangi.

3. Selepas itu masukkan bahan kisar dan kacau rata. Tumis sehingga pecah minyak lagi sekali. Kemudian masukkan rempah cap bunga rose dan kacau rata. Tumis bagi sebati dan pecah minyak dan naik baunya.

4. Masukkan 3 cawan air (bergantung, jika suka kuah lebih, masukkan lebih air), masukkan kentang. Masak sehingga kentang hampir empuk dan baru masukkan ayam.

5. Masukkan juga asam keping, santan, kerisik, gula melaka, garam dan perasa, Tutup periuk dalam 10 minit. Apabila ayam hampir masak, tutup api.

Resipi Acar Nenas:

Bahan :

1 biji Nanas – dikupas kulitnya dan dipotong nipis

1/3 keping Gula melaka

4 sudu besar Cuka makan

1 cawan Air

2 sudu besar Cili boh

Cara :

1. Masukkan cili boh dan kacau dengan api perlahan. Masukkan air dan masak sehingga mendidih dan masukkan gula melaka.

2. Apabila pekat sedikit, masukkan cuka dan tutup api.

3. Bila sudah sejuk, masukkan nanas dan gaul.

Resipi Sambal Belacan Mangga

Bahan :

4 biji Cili besar merah

15 biji Cili padi

Belacan sebesar ibu jari(dibakar biar wangi)

1 biji Limau kasturi dibuang biji

Garam

Gula/gula [email protected]

1/2 sudu besar Pes Asam jawa

1 biji Limau nipis

2 biji Pelam muda/pauh ringan

Cara :

1. Kisar semua bahan kecuali mangga muda dan limau nipis dengan sedikit air. Jangan letakkan air terlalu banyak dan jangan kisar terlalu halus.

2. Cincang mangga muda dan perahkan limau nipis. Perasakan secukupnya.

Sumber : Muliadi Ramli