Resipi nasi serai ayam ini memang sedap dan mudah disediakan. Sesuai disajikan untuk seisi keluarga. Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Nazura Zainal Abidin ini.

BAHAN
450 gm beras basmati – rendam selama 30 minit
250 gm isi ayam
480 ml air
120 ml susu cair
½ labu bawang besar – hiris halus
3 batang serai – titik
1 batang serai – hiris halus dan digoreng
2 sudu besar minyak sapi
1 ketul kiub ayam (jika suka)
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS
3 ulas bawang merah – tumis
2 ulas bawang putih – tumis
1 cm halia
3 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis
Sedikit bunga cengkih

BAHAN PERAPAN ISI AYAM
1 sudu besar rempah kurma
½ biji air perahan lemon
(perap selama 15 minit sebelum menumis)

CARA
1.Panaskan minyak sapi di dalam periuk.
2.Masukkan hirisan bawang besar dan daun pandan. Tumis sehingga bawang kekuningan.
3.Kemudian masukkan serai dan tumis lagi sehingga naik bau.
4.Masukkan bahan tumis, dan tumis sehingga garing.
5.Selepas itu, bolehlah masukkan isi ayam dan kacau sebati.
6.Apabila semuanya sudah naik bau, tuangkan air, masukkan kiub ayam serta garam secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih, masukkan beras dan susu cair. Tanak sehingga nasi masak. Hidangkan dengan hirisan serai yang telah digoreng.

Resipi : Nazura Zainal Abidin