inilah kelebihan pembaca al-Quran

Pertama: Al-Quran menjadi syafaat di akhirat.

Daripada Abu Umamah r.a. Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” HR Muslim.

Kedua: Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajar al-Quran

Daripada Usman bin Affan r.a. telah berkata Rasulullah s.a.w. “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain” HR Bukhari

Ketiga: Allah mengangkat martabat orang yang membaca al-Quran

Daripada Umar al-Khattab r.a. Bahawa Baginda s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran” HR Muslim

Keempat: Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan hidup

Daripada Barra bin ‘Azib r.a. “Seorang lelaki membaca surah al-Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.  dan menceritakan peristiwa tersebut. Maka Baginda s.a.w. bersabda, “itulah sakinah (ketenangan) yang turun disebabkan bacaan al-Quran” HR Bukhari.

Kelima: Umpama rumah yang kosong

Daripada Ibnu Abbas r.a. dari Baginda s.a.w. “orang yang tiada di dalam dadanya sepotong pun ayat ibarat al-Quran adalah seperti rumah yang ditinggalkan kosong.” HR Tirmizi

Baginda s.a.w. membuat perbandingan dengan unta yang gemuk kerana unta adalah haiwan ternakan yang dianggap mewah ketika itu. jadi pembaca al-Quran lebih berharga dari unta.

Keenam: Membaca al-Quran beberapa ayat lebih baik dari mendapat unta yang gemuk

Dari Rasulullah s.a.w. “kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat al-Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor, demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya” HR Muslim

Ketujuh: Ibu bapanya diberikan sebaik-baik perhiasan di syurga

Dari Buraidah al-Aslamiy r.a. bahawa Baginda s.a.w. bersabda, “akan dipakaikan di kepalanya mahkota dan kedua ibu bapanya akan diberi perhiasan yang tidak boleh dinilai oleh penduduk dunia. Lalu mereka bertanya, “mengapa kami diberi perhiasan seperti ini?” Allah menjawab, “kerana anak kamu mempelajari al-Quran.” Kemudian dikatakan kepadanya, “bacalah dan naiklah ke tingkat syurga dan bilik-biliknya.” Dia akan terus naik selama mana dia membaca (al-Quran) HR Ahmad

_____________________________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram