Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) memeriksa surat kebenaran rentas daerah dan negeri pemandu serta penumpang kenderaan semasa bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) di lebuh raya Karak berhampiran Plaza Tol Gombak, disini hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

ACU pakat dengar etek adik kakok jange lah kelik kapong rayo nie.

Sayangilah ore tua kita kapong, Hok duduk kapong jange duduk gi ziarah duduk diam-diam dirumoh masing-masing.

Itu antara pesan disampaikan oleh petugas kesihatan negeri Kelantan sempena sambutan Aidiladha Selasa depan kerana bimbang kepulangan warga luar bakal mencetuskan kembali kluster rentas negeri atau daerah.

Kluster Kampung Bujuk, dekat Pasir Mas semalam bukti perantau pulang ke kampung untuk menziarahi keluarga telah menyebabkan 14 orang disahkan positif COVID-19.

Kluster berkenaan yang membabitkan Kampung Bujuk dan Petaling, Selangor adalah salah satu daripada tiga kluster yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Kelantan.

Hari ini kes baharu COVID-19 yang dilaporkan berjumlah 10,710 merangkumi 10,698 jangkitan tempatan dan 12 kes import.

Kes kembali turun selepas lima hari berturut-turut angka COVID-19 melepasi 11,000 kes dengan angka tertinggi direkodkan pada 15 Julai lalu iaitu 13,215 kes.

Hari ini juga menyaksikan 153 kes kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 7019 orang.

Baca artikel berkaitan: Belum lagi raya.. tapi dah ada kluster balik kampung di Kelantan

Di sebalik kes yang masih tinggi itu, pesanan yang sama turut dilontarkan oleh petugas kesihatan negeri Terengganu yang turut khuatir wujud penularan baharu sekiranya ada individu masih degil merentas negeri semata-mata mahu menyambut Aidiladha.

Semalam Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunus turut menegur mereka masih berkeras nak rentas negeri hanya untuk nak balik raya.

Dalam hantaran Facebook itu, beliau turut meningatkan orang ramai mengenai sejarah musim Aidilfitri lepas yang menyebabkan kes COVID-19 di negeri itu naik mendadak selepas muncul beberapa kluster baharu akibat rentas negeri.

“Tidak serikkah kalian dengan sejarah musim Aidilfitri yang lalu? Dipesan-pesan untuk tangguh rentas negeri untuk mengelakkan penularan lagi besar tetapi tidak berbekas. Kerasnya hati kalian,” katanya dalam hantaran itu.

Ujarnya, tak perlu tunding jari salahkan sesiapa, kalau kita masih berkeras nak rentas negeri hanya untuk berhari raya dan akhirnya kita merupakan indeks atau punca kepada kluster baru, adakah kita masih nak salah kan orang lain atau salahkan pihak lain.

Tangguhkan hasrat pulang beraya di kampung.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram