Vaksinasi walk-in diperkenalkan kerajaan bermula 2 Ogos lalu di Lembah Klang sebagai salah satu strategi memastikan semua kelompok rakyat dilindungi. GAMBAR hiasan: Abd Razak Aid

SERAMAI 40.9 peratus populasi dewasa di negara ini sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat semalam.

DR ADHAM BABA

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah itu melibatkan 9.57 juta penerima.

Kata beliau, keseluruhannya jumlah pemberian vaksin COVID-19 sehingga 17 Julai 2021 ialah 14.002 juta dos.

“Semalam sahaja sebanyak 380,440 dos diberikan dengan 253,830 dos pertama.

“Jumlah yang terima dos pertama keseluruhannya ialah 9.57 juta orang. Daripada jumlah itu, 4.43 juta orang telah terima dos kedua,” katanya menerusi Twitter beliau hari ini.

Dari segi peratusan, 18.9 peratus populasi dewasa di Malaysia sudah lengkap disuntik dua dos.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan beliau, pusat penularan COVID-19 utama ketika ini iaitu Lembah Klang merekodkan 60.9 peratus populasi dewasa mendapat suntikan pertama.

Baca artikel berkaitan: Hari kelima pemberian vaksin lebih 400,000 dos

Penduduk dewasa di Lembah Klang divaksinasi menjelang 1 Ogos

Negeri Sembilan yang turut merekodkan jumlah kes baharu pula menyaksikan 51.2 peratus populasi dewasa mendapat dos pertama vaksin COVID-19.

Kerajaan menyasarkan untuk menyuntik semua populasi dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur sebelum 1 Ogos sebagai strategi mengurangkan kes baharu dan jumlah kemasukan ke wad akibat wabak itu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram