POPULASI dewasa di Malaysia yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 kini semakin menghampiri jumlah 20 peratus.

Dr Adham Baba

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, penerima dua dos vaksin setakat semalam berjumlah 4.53 juta orang iaitu bersamaan 19.4 peratus populasi dewasa.

Katanya, bagi dos pertama pula, seramai 9.815 juta telah menerimanya iaitu 41.9 peratus daripada jumlah populasi dewasa negara.

“Keseluruhannya, jumlah pemberian vaksin COVID-19 sehingga 18 Julai ialah 14,347,285 dos.

“Sebanyak 344,961 dos diberikan semalam dengan 244,761 melibatkan dos pertama dan 100,200 dos kedua,” katanya menerusi Twitter beliau hari ini.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan beliau, sebanyak 19.9 peratus populasi dewasa di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur telah lengkap menerima dua dos vaksin manakala Negeri Sembilan pula 20 peratus.

Tertinggi selesai disuntik dua dos dari segi peratusan penduduk dewasa adalah Labuan, Sarawak dan diikuti Perlis.

Baca artikel berkaitan: PICK akan ditingkatkan 500,000 dos sehari, semua lengkap divaksin Oktober – PM

Lebih 40 peratus populasi dewasa telah terima dos pertama vaksin

Kerajaan menyasarkan semua populasi dewasa di negara ini disuntik vaksin COVID-19 pada Oktober ini dengan pemberian dos harian ditingkatkan kepada 500,000 sehari.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram