Che Nur Qistina Damia Che Shahrul Izwan,11, mengikuti sesi pembelajaran di rumah (PdPR) secara online menggunakan telefon bimbit di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinci, Pantai Dalam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Semakin ramai ibu bapa meluahkan keresahan akan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang disifatkan cukup membebankan lebih-lebih lagi kepada ibu bapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak yang bersekolah.

Jadual pembelajaran online mengikut waktu persekolahan yang membebankan data internet, tugasan kerja rumah dan pelbagai lagi sebab yang menjadi punca sebilangan ibu tertekan antara tugasan sekolah anak-anak yang harus digalas sepenuhnya dan kerja di pejabat yang harus diselesaikan dalam masa yang sama.

Menurut Dr Salehuddin Sulaiman, doktor perubatan kanak-kanak, seharusnya murid tadika tidak didedahkan dengan bebanan PdPR kerana pada tahap umur begini, mereka seharusnya belajar kemahiran sosial.

Memetik kata Imam Malik RA: “Pelajarilah adab sebelum mempelajari suatu ilmu,” maka seharusnya kanak-kanak kecil ini diterapkan dengan adab dalam kehidupan terlebih dahulu.

Ikuti perkongsiannya.

Salah seorang pelajar mengikuti sesi pembelajaran di rumah (PdPR) secara online berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Shah Alam. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Preschool pdpr?

Minggu lepas, viral pasal satu ibu yang stress tahap gaban dengan pdpr anak dia yang berumur 5 tahun.

Lama dah nak mengomel pasal ni. Tapi asyik tangguh je. Ok, ni pandangan peribadi saya.

Kanak-kanak 2-5 tahun belajar dengan cara bermain.

Oh, maksud belajar bagi saya, bukan belajar algebra, atau baca novel.

Belajar bagi saya untuk tahap umur ini, ialah belajar kemahiran sosial.

Turn taking (ambil giliran), jaga kebersihan, bekerjasama.

Juga belajar dan implement adab/ manners.

Belajar tentang responsibility.

Belajar tentang dunia melalui pemerhatian/ observation, eksperimen.

Belajar mengembangkan kreativiti dan minda mereka.

Sebab tu, saya lebih suka tadika yang mempromosikan atau menjenamakan tadika mereka sebagai playschool. Cuma sometimes ada yang sebut playschool, tapi pelaksanaannya, bukan playschool.

So, main focus bukan nak suruh belajar matematik atau membaca, walaupun PENGENALAN kepada membaca dan mengira perlu.

So, bila dah jadi lockdown ni, mereka TIDAK SEPATUTNYA melalui pdpr. Sebab bukan itu tujuan mereka ke ‘sekolah’.

Even yang berumur 6 tahun pun, sepatutnya penekanan bukan kepada advance membaca dan mengira. Itu sepatutnya bermula pada darjah satu.

‘Tapi sekarang, silibus darjah satu advance. Kalau anak saya tak pandai membaca dan mengira sebelum masuk darjah satu, dia akan ketinggalan’.

Well, ini berlaku kerana…

Sorry to say, penggubal silibus yang b*bal.

Mereka introduce silibus yang semakin ‘canggih’ sebab mereka ingat, dengan berbuat demikian, kita akan menghasilkan pelajar yang lebih GENIUS pada peringkat awal.

Well, that’s why i said, bebal. As if diorang pandai membaca sangat masa darjah satu, 30-40 years ago!

Darjah 1-3, lebih kepada asas kemahiran membaca dan mengira.

Pelajar tingkatan satu, Nur Zahra Qadeeja Firdaus ketika sesi PdPR secara online berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur awal tahun ini. GAMBAR hiasan: Abd Razak Aid

DAN MANNERS!

Manners, manners and manners.

Adab.

Sebab itu, Imam Malik RA pernah berkata: “Pelajarilah adab sebelum mempelajari suatu ilmu.”

Dan adab, bukan dapat diajar dalam satu silibus dalam subjek Pendidikan Agama Islam/ Sivik (untuk yang bukan Islam) saja!

No wonder lah kita melihat akhlak pelajar University pun ke laut! Case in point: twitter adik-adik pelajar UiTM.

So, back to the point asal.

Bagi saya, kanak-kanak bawah umur 5 atau 6 tahun, NO NEED pdpr.

Once tadika dibenarkan beroperasi secara bersemuka, barulah mereka boleh ‘kembali belajar’.

Again, ni personal opinion saya.

Anda berhak untuk tidak bersetuju dengan saya, dan meneruskan pdpr untuk anak-anak anda, dan seterusnya pecah otak untuk fullfill all the ‘class’. Your choice.

Dr saleh.

Genius sejak kecil.”

Sumber : Dr Salehuddin Sulaiman