Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi ayam sos krim lada hitam yang Saji kongsikan ini. Memang sedap.

BAHAN
1 keping dada ayam
3 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar tepung gandum

BAHAN SOS
2 sudu besar minyak sayur
½ labu bawang besar – cincang halus
1/2 cawan sos lada hitam
1/4 cawan krim masam

CARA
1.Lumurkan sos lada hitam pada dada ayam. Perapkan sebentar. Kemudian salutkan dada ayam dengan tepung gandum.
2.Panaskan minyak di dalam kuali leper. Goreng dada ayam sehingga masak. Angkat dan tuskan minyaknya. Ketepikan.
3.Tumiskan pula bawang besar sehingga naik bau. Tuangkan sedikit air dan kacau seketika.
4.Masukkan sos lada hitam dan krim masam. Sebatikan rasa. Setelah cukup rasanya, hidangkan ayam dengan salad.

Resipi : Cef Azli Razali