Amat membimbangkan apabila wanita muda atau tua meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap tubuh badan mereka.

Sering kali, wanita sama ada dari golongan muda atau remaja yang menghadapi masalah tubuh badan dan mengamalkan pemakanan diet yang tidak sihat. Kebanyakan daripada mereka merasakan tidak cukup kurus atau tidak memi­liki saiz tubuh badan yang sempurna. Ada yang terlalu obses akan bentuk payudara, paha atau pinggul.

Sikap atau kelakuan sedemikian adalah di­ sebabkan oleh suatu perasaan ‘kebimbangan yang keterlaluan’ yang bermain-­main di minda sehingga boleh menjejaskan kesihatan secara psikologi.

IMEJ TUBUH BADAN

Imej tubuh badan anda adalah suatu gambaran mental yang diikuti dengan perasaan, pemikiran dan penilaian terhadap tubuh badan anda.

Apabila anda tidak senang atau menyukai tubuh badan atau sebahagian dari tubuh badan anda, inilah yang dikatakan anda memiliki imej tubuh badan yang negatif. Dengan ini ia boleh menjalar atau anda merasakan timbul perasaan negatif pada sebahagian yang lain seperti berat badan, rambut, warna kulit dan dari ciri yang berkaitan dengan muka.

Apakah yang menyebabkan sebahagian dari­ pada kita menghadapi imej tubuh badan yang negatif?

Ini terjadi adalah dari pengaruh media dan budaya yang popular. Apabila kita membaca majalah atau menonton wayang gambar, kita terlalu sibuk dengan melihat imej wanita muda yang memiliki tubuh badan yang kurus. Wanita­ wanita ini mewakili kecantikan yang ideal walaupun pada dasarnya, model-model dan pelakon­-pelakon ini, kecantikan yang mereka miliki sebenarnya tidaklah realistik.

Tubuh badan seseorang itu juga boleh me­nerima kesan negatif akibat pengalaman yang lalu, apabila pernah mengalami penderaan fizikal atau seksual, juga pernah dibuli, diejek atau dimalukan oleh keadaan saiz tubuh badan, jantina, warna kulit atau dari segi kemampuan fizikal.

Seseorang remaja itu akan dipengaruhi oleh keadaan fizikal kedua-­dua ibu bapa mereka yang terlalu mementingkan imej tubuh dan berat badan mereka. Remaja yang menyertai aktiviti tarian, gimnastik dan peragaan juga mengalami perkembangan tubuh badan yang negatif kerana aktiviti­-aktiviti ini ada kalanya agak keterlaluan di mana ia ini mempromosikan bentuk badan yang ‘kurus’ dan agak keterlaluan dalam mencapai kejayaan.

Kajian menunjukkan pendedahan kepada imej tubuh badan yang ideal boleh meningkatkan kepada rasa tidak puas hati, tekanan, marah dan mengalami perasaan rasa rendah diri sama ada di kalangan wanita atau lelaki.

Apabila wanita itu merasakan tidak puas hati akan bentuk badan mereka, mereka membayangkan akan model-model yang kurus dan cantik dan media elektronik memainkan peranan, ini akan menguatkan lagi perasaan-pera- saan negatif pada diri wanita itu. Imej-imej ini membuatkan wanita itu merasakan dirinya bertambah teruk terhadap saiz badan, kulit dan ciri-ciri fizikal yang lain.

SEBAB-SEBAB YANG SERIUS

Adalah suatu perkara lazim apabila kita melihat sendiri ke dalam diri kita dan mencari kecacatan yang mungkin ada pada diri kita, bagi mereka yang melihat ke dalam diri dengan perasaan negatif selalunya akan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini. Pada satu tahap di mana golongan ini ‘benci’ untuk melihat tubuh badan mereka sendiri dan sanggup melakukan apa sahaja demi memiliki ‘tubuh badan yang ideal’.

Imej tubuh badan yang negatif akan membawa kepada suatu perlakuan yang boleh mengakibatkan kepada perasaan rendah diri dan cuba untuk mengasingkan diri. Remaja atau wanita yang tidak menyukai akan tubuh badan mereka merasakan tidak selesa untuk menyertai aktiviti-aktiviti secara fizikal mahupun bergaul dengan masyarakat.

Dalam satu kes yang ekstrem, golongan ini akan menghadapi pemakanan yang tidak menentu seperti anorexia atau bulimia dan lebih teruk lagi menyeksa badan mereka dengan mengambil dadah, alkohol, membuat tatu yang tidak selamat ataupun melakukan aktiviti hubungan seksual dengan bertukar-tukar pasangan.

Sesetengah wanita boleh mengatasi masalah tekanan dan beberapa jenis kesakitan mental yang lain apabila mereka tidak menjadikan media dan golongan imej kecantikan ini seperti model-model atau pelakon-pelakon (anggapan masyarakat mengenai imej yang cantik) sebagai ukuran.

TERIMALAH TUBUH BADAN ANDA SEADANYA

Langkah pertama kepada imej tubuh badan yang positif adalah menerima tubuh badan anda seadanya. Anda dilahirkan dengan tubuh badan yang semula jadi, bentuk, wajah dan penampilan yang datangnya secara genetik, yang mana anda tidak boleh mengubahnya.

Walaupun gaya hidup anda mempengaruhi tubuh badan anda, mengubah cara hidup anda juga adalah terhad.

Di lain kali apabila anda mula mengkritik imej anda sendiri, cuba fikirkan cara-cara lain untuk merasakan diri anda adalah terbaik selain dari segi penampilan fizikal. Letakkan minda dan tenaga anda ke arah aktiviti-aktiviti yang anda amat berkebolehan seperti dari segi pembelajaran, rohani atau sosial.

Fokuskan diri anda lebih kepada kesihatan dari penampilan diri sendiri. Jangan fokus kepada bagaimana bentuk tubuh badan atau rupa wanita lain. Model-model yang dilihat di majalah atau pelakon-pelakon di dalam filem sebenarnya adalah untuk ‘menjual’ idea – ini adalah untuk mengaburi mata, tidak realistik dan sesuatu matlamat yang tidak tercapai.

Ingatlah, sesungguhnya anda bukanlah sekadar memiliki satu set lengkap pinggul, buah dada atau paha tetapi anda adalah seorang insan yang memiliki karakter dan kebolehan yang unik sekali gus menjadikan anda seorang yang sangat istimewa.