Resipi ikan siakap stim bersos ini wajib dicuba oleh penggemar ikan. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN
1 ekor ikan siakap

BAHAN A
10 gm cili kering
5 gm bawang putih
5 gm bawang merah
5 gm halia
1 sudu besar cili merah
Sedikit daun bawang

BAHAN B
40 gm kicap cair
20 gm sos tiram
20 gm gula batu
10 gm perasa makanan
10 gm tepung jagung
200 ml air

CARA
1.Kukus ikan selama 15 minit atau sehingga masak. Ketepikan.
2.Tumiskn bahan A sehingga naik bau. Selepas itu masukkan bahan B.
3.Masak selama lima minit sehingga kuah sedikit pekat.
4.Tuang kuah di atas ikan yang sudah dikukus tadi.

Resipi: Philea Resort & Spa Melaka