cidb
Penguatkuasa CIDB menampal Notis Larangan Memulakan Dan Meneruskan Kerja-Kerja Pembinaan keatas tapak bina yang didapati melanggar SOP MKN PKP 3.0 sambil diperhatikan oleh Pengarah CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puan Zainora Zainal - Gambar FB CIDB

WALAUPUN kes semakin tinggi dan kluster dari tempat kerja semakin meningkat tetapi masih banyak kilang, tapak pembinaan atau premis perniagaan yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terpaksa diarahkan tutup.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak perlanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan.

Katanya, semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 68,921 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 18,351 orang.

“Ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,556 buah kilang, 11,369 premis perniagaan, 416 tapak pembinaan dan 145 buah asrama penempatan pekerja.

“Hasil daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 25 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

BERITA BERKAITAN Kerajaan isytihar ‘perang’ terhadap kilang, premis perniagaan gagal patuhi SOP

Sementara itu, Ismail Sabri beTask Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 68,921 pemeriksaan semalam.

Katanya, ia melibatkan 3,989 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 18,351 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Semalam, 420 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 332 individu dikompaun, 82 direman manakala enam lagi individu telah dijamin,” katanya.

Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan mengamalkan kawalan kendiri dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram