SAMBUTAN Hari Raya Aidiladha semalam menjadi kenangan terakhir buat keluarga pelakon Ozlynn Wati selepas ibunda tercinta, Rozidah Jumari menghembuskan nafas terakhir sekitar Maghrib semalam.

Berita duka itu dikongsikan sendiri Ozylnn menerusi akaun Instagram miliknya selain turut berkongsi beberapa keping foto kenangan bersama arwah ibunya yang dirakamkan awal Ramadan lalu.

“Semoga ibunda kami meninggal dunia dalam husnul khatimah. Jika ada sesiapa yang pernah terasa hati dengan arwah, harap ampun kan dosa-dosa ibunda kami.

“Jika ada yang berhutang dengan ibunda, kami percaya telah dihalalkan kerana itu adalah sifat arwah tetapi jika ibunda kami ada terhutang pada kalian, sila hubungi kami,” katanya.

Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio Johan itu reda dengan pemergian ibunya dan berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin serta mengambil berat ketika waktu sukar itu.

“Ya Allah, kami reda atas pemergian ibunda tercinta dan tempatkanlah arwah di sisi hamba-Mu yang beriman. Terima kasih kepada semua yang tak henti-henti telefon, mendoakan walaupun tidak kenal.

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian,” ujarnya.

Salam takziah daripada URTV.