PENANTIAN rakyat Malaysia yang menunggu kemunculan penyanyi rap Caprice menerusi Instagram (IG) Live pada malam ini nampaknya tidak kesampaian.

Ia susulan Caprice atau Ariz Ramli,33, membatalkan hasratnya itu secara tiba-tiba menerusi Instagram Stornya selepas dimaklumkan ada individu telah membuat laporan polis berhubung isu terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN : Lepas buat ‘live’ malam ini, harap semua ‘move forward’ – CAPRICE , Mohon maaf, saya terlalu emosi – CAPRICE , Misi jihad diganggu & hadap masalah seorang diri, Caprice terpaksa ambil ubat tidur

“Minta maaf semua, ada orang yang sudah buat laporan polis dan saya tak dapat buat Live (siaran langsung) pukul 10 malam ini.

“Insya-Allah, kebenaran akan terbongkar dengan sendiri,” katanya.

Caprice turut memuat naik kenyataan media dari Bukit Aman mengenai kontroversi membabitkan dirinya dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dalam media sosial.

“”Saya dah penat. Saya dah minta maaf dan tak nak keruhkan keadaan lagi. Tapi kita sangat kecewa dengan pihak yang guna kuasa untuk sembuyikan orang lain.

“Ini adalah kali kedua perkara begini berlaku tahun ini. Saya dah cukup penat dan serah semua kepada Allah.

“Saya pilih untuk melangkah ke hadapan dan menjadi insan yang baik.

“Saya masih belum sepenuhnya ‘pulih’ daripada pengalaman tetapi Insya-Allah saya baik-baik saja dari segi mental dan fizikal,” luahnya.

Difahamkan, Caprice bakal membuat pendedahan menerusi IG Live mengenai kemelut perselisihan faham yang berlaku antara dirinya dan Ebit sewaktu menjalankan misi kemanusiaan di wilayah bergolak di Gaza, Palestin