Sedapnya pulut panggang ni. Sesuai dihidangkan waktu sarapan dan minum petang. Jom ikuti bahan dan cara penyediaan kuih tradisional ini.

BAHAN
200 gm beras pulut
200 ml santan
30 gm kelapa parut
2 gm serbuk jintan manis
5 gm serbuk kunyit
2 gm serbuk ketumbar
10 gm halia – kisar
1 batang serai – kisar
Daun pisang

CARA
1.Kukus beras pulut bersama santan sehingga masak. Ketepikan.
2.INTI : Masak kelapa bersama serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serai dan halia.
3.Ambil sedikit pulut dan ratakan di atas daun pisang yang telah dipotong mengikut saiz yang disukai. Kemudian masukkan inti dan bungkus kemas.
4.Panggang di atas bara atau kuali leper sehingga bahagian luar daun pisang kehitaman sedikit.