LIHAT pada fakta nutrisi di pek makanan anda. Daripada 10 kertas pembalut makanan, anda pasti menjumpai satu yang tertulis kobalamin atau vitamin B12. Jika anda gagal menemuinya, bermakna diet anda tidak mencukupi untuk keperluan tubuh.

Membantu kecerdasan sistem saraf, vitamin B12 juga diperlukan untuk tum­besaran kanak-­kanak dan berperanan mengawal se­lera makan. Mereka yang berpantang makan daging atau individu vegetarian se­lalunya mengalami kekura­ ngan vitamin B12 kerana kobalamin tidak dijumpai dalam sumber tanaman.

Proses tumbesaran memerlukan sel badan menjalani pembahagian dan bertambah secara konsisten. Oleh itu, vitamin B12 sangat penting untuk tubuh kerana pembahagian sel dan penghasilan sel darah merah memerlukan kobalamin untuk bertindak. Tambahan lagi, kobalamin turut terlibat menghasilkan selaput mielin iaitu lapisan yang melindungi saraf dan melancarkan laluan impuls ketika merentasi saraf.

PENAWAR DALAM KOBALAMIN

Kelesuan

Kekurangan pengambilan kobalamin boleh menyebabkan anemia, keadaan yang mana sel darah merah membawa bekalan oksigen yang tidak mencukupi sehingga tubuh berasa sangat penat.

Kobalamin dalam bentuk ma­kanan tambahan atau suntikan digunakan secara meluas oleh pengamal perubatan untuk merawat banyak masalah yang melibatkan kekurangan tenaga.

Kecelaruan mood

Kehadiran kobalamin ber­fungsi merangsang otak untuk menghasilkan rembesan kimia serotonin dan dopamina. Ke­dua-­dua enzim ini sebenarnya berfunggsi mengawal emosi dan corak tidur individu yang mengalami tekanan dan kecelaruan mood? Anda mungkin kekurangan vitamin B12!

Struktur Darah

Sel darah yang mengalami anemia boleh dirawat secara terus dengan penerimaan vitamin B12 melalui suntikan

KEKURANGAN KOBALAMIN

Kekurangan kobalamin dalam tubuh seseorang boleh mengundang:

  • anemia (kurang darah)
  • rambut tidak terurus
  • kelesuan
  • ekzema atau dermatitis (kerengsaan kulit)
  • lemah atau sakit otot
  • cepat marah dan resah
  • kurang daya ingatan

Vitamin B12 adalah satu-satunya vitamin yang mengandungi mineral-mineral penting. Oleh itu, vitamin ini meningkatkan tahap tenaga dan merangsang pertumbuhan sihat di kalangan kanak-kanak.

Sumber :

Vitamin B12 sukar ditemui dalam tumbuhan, namun lazimnya ditambah dalam pelbagai jenis makanan sebagai bahan pemberi tenaga. Sebutir telur mencukupi untuk membekalkan RDA kobalamin.

Berhati-hati :

Lebihan vitamin B12 dikesan tidak menjadi toksik. Bagaimanapun, terdapat individu yang mengalami tindakbalas alergi daripada suntikan kobalamin.

FUNGSI ASAS:

  • membantu tumbesaran
  • mengekalkan kesihatan sistem saraf
  • menghalang anemia
  • meningkatkan tenaga.

VITAMIN B12 BOLEH DIDAPATI DALAM

  • bijirin sarapan tenaga
  • daging lembu
  • estrak yis
  • hati
  • ikan
  • telur
  • susu

MAKANAN TAMBAHAN

Tidak seperti kebanyakan vitamin yang larut air, kobalamin boleh disimpan di dalam hati. Tablet multivitamin selalunya mengandungi 1 milisentigram (msg) kobalamin yang mencukupi untuk individu mengekalkan kesihatan dan mengelakkan kesan kekurangan.

Individu vegetarian, wanita mengandung atau menyusukan bayi perlu makan makanan yang kaya dengan sumber kobalamin atau ambil vitamin B12 sebagai makanan tambahan.

Warga emas juga memerlukan sukatan yang sedikit lebih tinggi memandangkan kebolehan untuk menyerap vitamin B12 semakin menurun. Sementara perokok, individu yang kerap mengambil minuman beralkohol dan ubat rawatan untuk ulser perut pula memerlukan dos kobalamin lebih tinggi sehingga 100 msg.

Vitamin B12 berfungsi lebih baik dengan asid folik dan elok diambil sebagai sebahagian daripada pil tambahan B-kompleks.