Sedapnya bubur ubi kayu ni. Rasanya berlemak dan manis. Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Mazia Catering ini. Sangat senang dan bahan pun mudah didapati.

BAHAN
2 kg ubi kayu -potong dadu
250 gm tepung cha cha
200 gm sagu biji besar merah
200 gm sagu biji besar hijau
200 gm gula Melaka
1 ½ cawan gula
1 sudu kecil garam
1 kg santan pekat
2 liter air
2 helai daun pandan

CARA
1.Masukkan santan, air, garam, gula Melaka, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2.Kemudian masukkan ubi kayu. Kacau selama 20 minit.
3.Selepas itu, bolehlah masukkan tepung cha cha. Kacau hingga ubi empuk dan tepung cha cha kembang.
4.Akhir sekali, masukkan sagu biji besar merah dan sagu biji besar hijau. Biarkan mendidih. Apabila bubur sudah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Resipi : Mazia Catering