Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi kurma telur yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Tidak mengguna banyak bahan pun. Jom cuba!

BAHAN:
6 biji telur – rebus & kupas kulitnya
1 peket kecil serbuk rempah kurma
3 biji bawang Bombay- potong dadu
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
1 biji cili merah
½ cawan susu cair
1 ½ cawan air
1 keping asam gelugur
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

CARA:
1.Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
2.Masukkan bawang Bombay dan tumis sehingga kuning. Masukkan rempah kurma tumis sehingga pecah minyak.
3.Tuang air dan kacau sebati. Masukkan susu dan telur. Kecilkan api dan masak sehingga hamper pekat.
4.Masukkan cili dan asam gelugur masak sehingga kuah pekat. Ubahsuai rasa dengan garam dan gula mengikut cita rasa anda.

Resipi: Imelda Maya Harris