Sedapnya daging bakar air asam ni. Bagi yang terliur, jom cuba resipi yang dikongsi oleh Datuk Cef Ismail ini. Memang sedap. Makan sekali pasti nak lagi.

BAHAN
1kg daging lembu – dikelar
1 sudu besar garam kasar

BAHAN AIR ASAM
5 tangkai cili hijau – dihiris
10 tangkai cili padi – dihiris
10 ulas bawang merah – dihiris
1 biji tomato – dipotong baji dan dihiris
80ml air asam jawa
1 sudu kecil serbuk belacan
100ml air
Garam secukup rasa

CARA
1.Lumurkan garam pada daging dan panggang sehingga daging benar-benar masak. Ketepikan dan potong daging mengikut saiz yang disukai.
2.Campurkan kesemua bahan air asam ke dalam mangkuk dan kacau rata.
3.Hidangkan daging bakar bersama air asam.

Resipi : Datuk Cef Ismail, Restoran Rebung.