SEMALAM 15,573 kes, hari ini 15,902 kes baharu COVID-19 pula dilaporkan – rekod tertinggi setakat ini.

Seperti semalam, lebih separuh kes baharu dilaporkan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut data yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatatkan 7,351 kes manakala Kuala Lumpur 2,406.

Kes baharu di dua negeri itu menyaksikan sedikit peningkatan hari ini berbanding semalam.

Seperti mana semalam, Kedah berada di kedudukan ketiga hari ini apabila negeri itu melaporkan 867 kes.

Ini diikuti Johor (804 kes), Sabah (712 kes), Melaka (631 kes) dan Negeri Sembilan (625 kes).

Pulau Pinang dan Kelantan yang telah memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) masing-masing mencatatkan 505 kes dan 502 kes.

Kes baharu terendah hari ini ialah Perlis dengan tujuh kes.

Sebanyak 15,902 kes baharu dilaporkan mengatasi rekod semalam.

Baca artikel berkaitan: 1.3 peratus kes baharu dalam kategori 3 hingga 5, 144 kematian

REKOD!! 15,573 kes baharu, Selangor 7,672

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 24 Julai 2021 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 15,902 kes (996,393 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 7,351 (358,969)
WPKL – 2,406 (108,006)
Johor – 804 (83,308)
Sabah – 712 (78,652)
Sarawak – 261 (73,579)
Negeri Sembilan – 625 (66,102)
Pulau Pinang – 505 (41,524)
Kelantan – 502 (39,407)
Kedah – 867 (37,261)
Perak – 469 (33,310)
Melaka – 631 (27,724)
Pahang – 406 (20,963)
Terengganu – 267 (14,045)
WP Labuan – 30 (9,578)
WP Putrajaya – 59 (3,317)
Perlis – 7 (648)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram