Mohd Fozailah Hussain menghantar keranda yang telah siap menggunakan motosikal ke Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“SEPATUTNYA saya rasa gembira bila tempahan keranda yang banyak bermakna pendapatan saya juga bertambah tapi sekarang bila makin banyak tempahan membuatkan saya takut.”

Demikian kata pembuat keranda dan pengukir batu nisan, Mohd. Fozailah Hussain yang memperoleh peningkatan tempahan keranda ekoran lonjakan kematian pesakit COVID-19 hampir setiap hari.

Mohd Aiman Faiz membantu ayahnya memotong papan untuk dijadikan dinding keranda di kedainya di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Sememangnya wabak COVID-19 yang melanda dunia sejak awal tahun lalu itu telah memberi kesan mendalam kepada semua.

Di Malaysia, sejak mula dikesan pada awal tahun lalu, kehidupan ramai orang melarat apabila kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.

Mohd Aiman Faiz membantu ayahnya memasang papan untuk dijadikan dinding keranda di kedainya di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Lebih menyayat hati, ramai kehilangan ahli keluarga akibat jangkitan wabak berbahaya itu.

Sehingga kini, 7,718 nyawa telah diragut COVID-19, malah masih ramai sedang bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU).

Mohd Fozailah Hussain menyiapkan keranda yang ditempah oleh waris untuk jenazah pesakit Covid-19 ketika ditemui di kedainya di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Bagi Mohd. Fozailah, 53, peningkatan jumlah tempahan keranda sememangnya menginsafkan dirinya bahawa virus yang sedang menular ini benar-benar berbahaya.

Lebih meruntun jiwanya yang telah 11 tahun mengusahakan perniagaan itu, bulan ini merupakan tempahan tertinggi yang pernah diterimanya.

Mohd Fozailah Hussain menyiapkan keranda yang ditempah oleh waris untuk jenazah pesakit Covid-19 ketika ditemui di kedainya di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Kebiasaannya, kata Mohd. Fozailah, dia hanya mampu menjual dua buah keranda setiap hari, namun melonjak sehingga 10 keranda ketika musim COVID-19 ini.

“Saya rasa takut bila tempahan semakin banyak dan setiap hari memikirkan angka kematian pesakit COVID-19 yang kian meningkat.

Mohd Fozailah Hussain dibantu anaknya ketika menyiapkan keranda dikedainya yang terletak di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Bulan ini sahaja saya telah menjual 70 buah keranda dan ia tempahan paling banyak saya dapat daripada penyelia kubur serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan jenazah-jenazah pesakit COVID-19.

“Sepatutnya saya gembira apabila pendapatan bertambah tetapi perkara ini membuatkan saya lagi takut dan insaf,” katanya ketika ditemui UtusanTV di Kampung Sungai Sireh Tambahan, Klang.

Mohd Aiman Faiz membantu ayahnya menyiapkan kerja-kerja akhir membuat keranda di kedainya di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Setiap sebuah keranda yang dibuat panjang 74 inci x 18 inci dijual dengan harga RM250 namun kadang-kala perlu diubah suai mengikut saiz jenazah.

Setiap keranda yang dibuat mengambil masa 30 minit sambil dibantu anaknya, Mohd Aiman Faiz, 24.

Mohd Fozailah Hussain (kiri) sambil dibantu anaknya, Mohd Aiman Faiz memasang kain putih pada setiap ruang dalam keranda di kedainya di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Mengulas lanjut, Mohd. Fozailah berkata, peningkatan jumlah kematian COVID-19 membuatkan dirinya menyiapkan antara empat hingga enam keranda lebih awal sebagai persediaan.

Bagi pengurusan jenazah, Mohd. Fozailah menggunakan sebuah van dan motosikal untuk menghantar keranda ke Tanah Perkuburan Islam Selat Klang yang terletak hanya kira-kira 500 meter dari kedainya.

Sebahagian daripada keranda-keranda yang telah siap disusun ditepi kedainya bagi membuat persediaan sebelum menerima tempahan di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Saya harap orang ramai terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan kekal berada di rumah supaya kita dapat bendung penularan COVID-19 ini.

“Saya juga berdoa keadaan dalam negara kita dapat pulih seperti sediakala,” katanya.

Kedai Keranda dan Batu Nesan milik Mohd Fozailah Hussain yang terletak di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Mohd Aiman Faiz membantu ayahnya mengangkat keranda yang telah siap untuk dihantar ke Tanah perkuburan Selat Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Mohd Fozailah Hussain menghantar keranda yang telah siap menggunakan motosikal ke Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid