Noda putih (whitehead) dan noda hitam (blackhead) memang tidak menyakitkan, namun kemunculannya…oh, sungguh ‘memalukan’!

Lebih menggusarkan, ia memenuhi bahagian muka dan nampak ketara sehingga menjejaskan penampilan wajah.

Bezanya, noda putih berada pada bahagian liang yang lebih lembut dan tidak terdedah kepada udara dan tidak teroksida. Oleh itu, bintik noda putih tidak menjadi gelap seperti noda hitam.

Sebaliknya, noda putih muncul berwarna putih kekuning-kuningan dan timbul atau keluar dari liang kulit kebiasaannya di kawasan hidung dan tulang pipi. Bagi individu dengan kulit berminyak, noda putih cuma ‘masalah kecil’ di samping noda hitam dan jerawat di wajah.

Memaksa noda putih untuk keluar mungkin merosakkan tisu kulit dan menyebabkan jangkitan bakteria yang membawa kepada pertumbuhan jerawat. Jangan sesekali menggunakan penanggal noda hitam (seperti pelekat atau mask khusus yang banyak dijual di farmasi) untuk membuang noda putih kerana ia akan membesarkan lagi liang kulit dan memburukkan lagi keadaan.

Untuk menyingkirkan noda putih, guna pembersih muka deep pores. Selain membersihkan liang kulit yang tersumbat, ia juga menghalang pembentukan semula noda putih.

Selain itu, perbanyakkan menu sayur-sayuran dan buah-buahan dalam sajian makanan dan minuman harian serta amalkan pengambilan air yang mencukupi. Perahan lemon dalam air suam turut membantu membersihkan toksik dalam badan

Penggunaan clay mask boleh membantu membersihkan liang muka dan sekali gus menyingkirkan noda putih dan hitam.

Perahan pati lemon dalam minuman atau aplikasi pada kulit muka akan memberikan nutrisi serta mengelakan kulit kusam akibat noda putih dan hitam.

JANGAN PICIT NODA HITAM

Tindakan memicit noda hitam boleh meninggalkan kesan parut. Kawasan yang ditumbuhi noda hitam sepatutnya dibersihkan dengan pembersih muka. Anda boleh menggunakan pencuci muka jenis sabun atau yang mengandungi rumusan antibakteria menggunakan formulasi kulit berminyak.

Penyingkiran noda hitam boleh dilakukan sendiri di rumah. Rawatan ini bagus jika anda konsisten menjalaninya sekali sebulan.

1. Campur suku cawan air dengan tiga titik iodin dan satu sudu garam.

2. Biarkan bancuhan sejuk sebelum disapukan ke muka.

3. Celupkan bebola kapas ke dalam bancuhan dan letakkan di atas kawasan noda hitam. Ia akan menyebabkan noda hitam ‘longgar’ dan senang disingkirkan menggunakan kain ‘gauze’.

4. Jika kulit anda berminyak, sapukan penyegar (toner) dan biarkan kering. Anda juga boleh menggunakan clay mask untuk menyerap minyak berlebihan dan menanggalkan lebihan noda hitam.