ezmeals

‘Kerutuk sokmo’ kini berganding bahu bersama pendakwah bebas, Ustaz Haslin dalam memperkenalkan hidangan istimewa Pantai Timur, masakan kerutuk.

Pemilihan ikon yang juga dikenali sebagai ustaz Bollywood ini dijangka dapat menarik perhatian masyarakat dan dalam usaha mengembalikan keyakinan pembeli kepada produk keluaran Muslim.

Malah, cara penyediaan yang cukup mudah, hanya koyak dan terus dimakan juga antara salah satu ciri menarik yang diyakini mampu memudahkan lagi penyediaan hidangan di rumah. Hanya lima minit, satu hidangan lengkap tersedia depan mata.

Kerutuk sokmo merupakan produk keluaran EZMeals Solutions Sdn. Bhd. dan menggunakan teknologi pembungkusan makanan melalui proses secara aseptik. Produk ini dibungkus menggunakan kantung retort yang memiliki ketahanan suhu mencecah 130 Celsius yang diperbuat daripada lapisan filem felksibel (flexible laminate) yang membolehkan pembungkusan disteril sekali gus mempunyai jangka hayat sehingga 24 bulan.

Untuk maklumat lanjut layari laman web Ezmeals atau hubungi talian di sini.