Sedapnya kambing masala kashmir ini. Bagi penggemar hidangan berasaskan kambing, resipi kambing masala kashmir ini wajib anda cuba. Rasanya sedap dan pasti memikat selera.

BAHAN:
2 kg kambing – potong saiz 3″ x 3″
½ cawan minyak jagung
½ cawan minyak sapi
2 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
2 biji cengkih
2 helai daun beriani
1 labu bawang besar- hiris halus
10 ulas bawang merah-kisar halus
6 ulas bawang putih-kisar halus
½ cm halia-kisar halus
5 sudu besar cili kisar
3 sudu besar tomato puri
2 biji tomato – cincang kasar
2 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar rempah beriani
10 batang daun pudina
10 biji badam – kisar
½ cawan tairu
1 cawan air
Garam secukup rasa

CARA:

  1. Panaskan minyak, tumis rempah kayu, daun briyani dan bawang besar, kacau sebentar.
  2. Masukkan bahan kisar, cili kisar, tomato puri dan tomato. Kacau lagi.
  3. Masukkan rempah, daun dan kambing, kacau sebentar.
  4. Masukkan air dan tairu. Masak selama 1 jam dengan api perlahan.
  5. Masukkan garam, masak lagi 30 minit hingga agak kering.
Resipi: Cef Amer Hamzah