SEBAGAI usaha Astro untuk menawarkan pelanggan dengan pengalaman tontonan dengan nilai yang lebih menarik dan kemudahan fleksibiliti dalam dunia penstriman, Astro telah melancarkan Ultra Plug & Play Box.

Ia menawarkan kepada pelanggan dengan pengalaman tontonan tanpa gangguan kepada program tempatan dan antarabangsa tanpa menggunakan piring satelit.

Pertama seumpamanya, Ultra Plug & Play Box itu membenarkan pelanggan melakukan pemasangan secara sendiri dan anda boleh menikmati ciri-ciri Ultra Box menerusi Rakaman Awan atau ‘Cloud Recording’, menggunakan fungsi ‘Play from Start’ dengan hanya menyambungkan Ultra Plug & Play Box anda ke TV dan internet, untuk terus menonton program-program kegemaran anda.

Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad berkata, pelanggan berhak mendapat pengalaman tontonan terbaik dari pihaknya, justeru, mereka komited untuk sentiasa menambahbaik pengalaman dengan menawarkan satu pengalaman perjalanan yang lebih ringkas demi memudahkan pelanggan untuk membeli dan menikmati produk yang ditawarkan.

“Ultra Plug & Play Box terbaharu ini direka berdasarkan dari maklum balas yang diterima dari pelanggan yang menginginkan produk atau perkhidmatan yang mudah untuk dipasang dan mampu menawarkan pengalaman tontonan secara berterusan tanpa sebarang gangguan yang dicetuskan oleh keadaan cuaca.

“Oleh kerana kotak ini disambungkan secara terus dengan Intenert dan bukannya piring satelit, ia dapat membantu mengatasi masalah gangguan siaran ketika hujan.

“Kotak terbaharu ini hadir dengan video panduan ringkas yang memudahkan pelanggan untuk membuat pemasangan sendiri pada bila-bila masa sahaja. Terdahulu, kami telah melaksanakan kajian percubaan-pasaran untuk kotak ini dan sebanyak 87% dari pelanggan kami berpuas hati dengan kaedah pemasangan sendiri dan keseluruhan proses memasang Ultra Plug & Play Box kerana langkah-langkah yang perlu diikuti adalah sangat mudah dan ringkas,” katanya.

Kotak pemasangan sendiri Ultra Plug & Play Box ini dilancarkan tepat pada masanya ketika negara sedang berdepan dengan fasa ‘lockdown’ atau perintah kawalan pergerakan (PKP), yang mana rata-ratanya pelanggan memilih untuk mengurangkan kehadiran pemasang ke kediaman masing-masing.

Malah, kotak itu tidak memerlukan sebarang piring satelit kerana sajian kandungan Astro disiarkan secara perkhidmatan strim menerusi jalur lebar masing-masing.

Kotak baharu dan Kad SIM Astro akan dihantar kepada pelanggan menerusi perkhidmatan kurier dan setiap komponen dipek bersama dengan langkah-langkah panduan pemasangan yang mudah untuk pelanggan mengaktifkan perkhidmatan ini sendiri.

Dalam pada itu, sementara menantikan Ultra Plug & Play Box untuk sampai ke kediaman masing-masing, pelanggan boleh mengaktifkan langganan mereka menerusi aplikasi Astro GO dan nikmati sajian yang sewajarnya dengan perkhidmatan pra-akses Astro GO.

Ultra Plug & Play Box bertindak lebih menarik jika digandingkan bersama dengan perkhidmatan Astro & Broadband untuk mendapatkan nilai yang lebih hebat, dengan hanya satu bil untuk kesemuanya.

Pelanggan Astro yang baru boleh mendaftar menerusi Super Pack Lite, dengan kelajuan internet sebanyak 100 Mbps dan nikmati rebat sehingga RM45 pada setiap bulan.

Manakala pelanggan Super Pack Lite yang sedia ada pula, anda boleh menambah lagi 100 Mbps perkhidmatan jalur lebar anda dengan hanya RM89/ sebulan. Pengaktifan Ultra Plug & Play Box adalah percuma untuk semua pelanggan Broadband yang melanggan pada mana-mana pek Astro.

Pelanggan Ultra Plug & Play Box boleh nikmati tontonan 4K UHD, strim sehingga 65 ribu video di on demand dengan Rakaman Awan, dan menggunakan fungsi ‘Play from Start’.

Pengaktifan Ultra Plug & Play Box adalah percuma untuk pelanggan sedia ada yang melanggan perkhidmatan lebih dari RM100 pada setiap bulan.

Pelanggan boleh mendaftar perkhidmatan Ultra Plug & Play Box di https://product.astro.com.my/tv atau WhatsApP di 03 9543 3838 dan taip GET PNP.