RENTETAN dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Siti Nordiana, lima individu yang dituntut membuat permohonan maaf, penyanyi Lan Solo, Syura Bahron, isteri Lan iaitu Sheila, jurusolek Aida G dan pengawal perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin mengakui sudah menerima notis terbabit dan kini menyerahkan pekara itu kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

Menerusi satu kenyataan media, mereka mengambil maklum berhubung tuntutan yang dibuat oleh Siti Nordiana melaluinya peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin.

“Kami juga telah menyerahkan perkara ini kepada peguam kami untuk tindakan selanjutnya.

“Apa-apa tindakan atau respon yang bakal menyusul akan kami maklumkan berdasarkan nasihat daripada peguam kami,” kata mereka.

Terdahulu, Siti Nordiana atau Nana memberikan tempoh 48 jam kepada lima individu terbabit untuk membuat permohonan maaf selepas surat tuntutan diserahkan kepada mereka.

Sekiranya gagal berbuat demikian, mereka bakal dikenakan tindakan saman.

ARTIKEL BBERKAITAN : [VIDEO] Enggan nama ‘busuk’ difitnah, Siti Nordiana tuntut permohonan maaf Lan Solo, Syura & tiga lagi individu

Malah, Nana turut menerusi peguamnya Abang Azlan turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, pada 23 Julai lalu berhubung isu namanya dibabitkan dalam Instagram Live lima individu tersebut, baru-baru ini.

Dia bertindak demikian bagi membersihkan namanya daripada dakwaan berunsur fitnah yang jelas boleh menjejaskan nama dan reputasinya.

Nana turut melahirkan rasa terkilan apabila permasalahan yang sepatutnya boleh dibincang secara profesional, telah dibawa ke mata khalayak.

Dia terpaksa mengambil tindakan itu untuk membersihkan namanya dan menyerahkan keputusan kepada pihak berkuasa.

Isu tercetus apabila nama Nana disebut dalam sesi siaran langsung di Instagram penyanyi Lan,Syura, isteri Lan iaitu Sheila, Aida dan Sam pada 20 Julai lalu.

Pada sesi Live itu Sheila meluahkan rasa terkilan apabila suaminya, Lan dikatakan menumpang populariti Siti Nordiana.

Malah, ia menjadi medan untuk mereka meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini membabitkan konflik yang berlaku.