penghantar makanan
SESETENGAH syraikat penghantar makanan menaikkan harga makanan yang melampau berbanding harga asal. - Gambar hiasan

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin meminta kerajaan agar mengambil tindakan tegas kepada syarikat penghantar makanan yang didakwa sering menaikkan caj tanpa sedar kepada peniaga dan juga pelanggan. 

Katanya, beliau yang melihat aplikasi laman sesawang yang dibuka setiap hari mendapati harga makanan dan caj penghantaran yang dicaj tidak masuk akal dan sering berlaku peningkatan harga tanpa disedari pelanggan.

“Ya, memang kita boleh memilih samada mahu membeli ataupun tidak, tetapi waktu sekarang rakyat dikurung dan terpaksa duduk di rumah tidak boleh keluar membeli, menyebabkan mereka terpaksa juga menggunakan khidmat penghantar.,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata, rungutan juga diterima daripada peniaga juga mendakwa mereka tidak menyangka yang syarikat penghantar akan menaikkan harga mengikut kehendak syarikat melebihi 30 hingga 70 peratus daripada harga asal makanan sebenar.

Katanya, harga makanan pula tidak termasuk kos penghantaran dan ditambah lagi caj cukai dan lain-lain, di samping ada syarikat yang meminta pembeli membeli memberikan tips kepada penghantar makanan.

BERITA BERKAITAN Lebih 60,000 rakan penghantar p-hailing carum Perkeso

“Walaupun diminta secara sukarela dan ikhlas, tetapi ibarat mereka ingin lepas tangan sahaja.

Saya dimaklumkan juga, yang syarikat penghantar ini akan mengurangkan bayaran penghantar dan sebagainya,” katanya.

Muhamad Muqharabbin meminta agar pihak kerajaan dan berwajib segera ambil tindakan terhadap syarikat-syarikat penghantar yang tidak bertanggungjawab dengan menarik lesen perniagaan mereka.


Kesianlah pada rakyat, peniaga yang terpaksa ikut undang-undang syarikat yang kini tidak boleh bersuara dan juga penghantar makanan yang bertungkus lumus berkhidmat untuk syarikat terbabit,” katanya. – UtusanTV

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram