Mohd Fozailah Hussain menghantar keranda yang telah siap menggunakan motosikal ke Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK 2.1 peratus daripada 16,117 kes baharu COVID-19 hari ini terdiri daripada kategori 3 hingga 5.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 82.7 peratus daripada pesakit dalam kategori itu pula tidak mempunyai sejarah vaksinasi.

Katanya, bagi kategori 1 dan 2 yang merangkumi 97.9 peratus daripada kes baharu hari ini, sebanyak 88.1 peratus tiada sejarah vaksinasi.

Sebanyak 97.9 peratus kes baharu dalam kategor 1 dan 2 iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan./ Infografik FB KKM.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baru didiagnosa COVID-19.

“Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan mereka sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, sebanyak 207 kes kematian dilaporkan pada hari ini, angka sama seperti semalam.

Menurut Noor Hisham, sebanyak 96 kes kematian dilaporkan di Selangor, 34 kes di Kuala Lumpur, 21 kes di Johor, 17 kes di Melaka, 15 kes di Kedah dan tujuh kes di Negeri Sembilan.

“Turut dilaporkan lima kes di Kelantan, masing-masing tiga kes di Sabah dan Terengganu, masing-masing dua kes di Sarawak dan Pahang, serta masing-masing satu kes di Pulau Pinang dan Labuan,” jelasnya.

Dalam pada itu, jumlah individu positif yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kini berjumlah 1,023 orang manakala yang memerlukan 524 memerlukan bantuan pernafasan.

Berhubung jumlah kluster, Noor Hisham memaklumkan terdapat 42 kluster baharu dilaporkan hari ini.

Katanya, sebanyak 25 adalah kluster tempat kerja diikuti komuniti (12), kumpulan berisiko tinggi (dua), pusat tahanan (dua) dan pendidikan (satu).

“Keseluruhannya terdapat 1,028 kluster aktif,” ujarnya.

Baca artikel berkaitan: 16,117 kes baharu, 10 negeri catat lebih 500 penularan

Berdasarkan kenyataan berkenaan, Kluster Dah 14 Industri Kulim antara kluster yang melaporkan kes baru tertinggi dengan 187 kes.

Keseluruhannya kluster di Kulim itu melaporkan 317 kes.

Satu lagi kluster ialah Tembok Tapah 2 yang melaporkan 144 kes baru.

Keseluruhannya sebanyak 350 kes dilaporkan dikesan dalam kluster pusat tahanan itu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram