Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melintasi kawasan perkuburan sambil mengangkat keranda untuk pengebumian jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

SETIAP hari, angka kematian akibat jangkitan COVID-19 makin meningkat bagaikan tiada tanda-tanda penurunan.

Lebih membimbangkan, buat hari kedua berturut-turut kadar korban melebihi paras 200 hari ini.

Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan semburan nyahkuman sebelum mengangkat jenazah pesakit Covid-19 untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jumlah kematian hari ini dan semalam menyaksikan kekal pada tahap 207 korban angkara virus berbahaya itu dilaporkan di seluruh negara.

Kadar kematian hari ini juga memperlihat seramai 96 kes dilaporkan di Selangor.

Salah seorang waris kelihatan sedih sambil berdoa diluar pagar kawasan perkuburan ketika melihat jenazah salah seorang saudaranya yang juga pesakit Covid-19 dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Dalam tinjauan UtusanTV di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang yang merupakan perkuburan khas bagi jenazah pesakit COVID-19 mendapati hampir setiap jam ada proses pengebumian berlangsung.

Situasi meruntun jiwa kelihatan apabila petugas kesihatan bersama petugas pengurusan jenazah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membanting tulang mengendalikan proses pengebumian.

Kawasan perkuburan yang dikhaskan untuk jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Selat Klang pula, suasana lebih menyayat hati dapat dilihat apabila ahli keluarga hanya mampu melihat daripada jauh sepanjang urusan pengebumian.

Pada bulan ini sahaja, hampir 100 jenazah telah diuruskan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

Kawasan perkuburan yang dikhaskan untuk jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengangkat jenazah pesakit Covid-19 untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengangkat jenazah pesakit Covid-19 untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Kelihatan salah seorang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menadah tangan tanda syukur selepas selesai mengebumikan jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid