HASIL ujian calitan (swab test) yang dilakukan penyanyi Siti Sarah dan suami, Shuib serta tiga orang anaknya semalam, mendapati mereka disahkan positif Covid-19.

Berita sedih itu dikongsikan sendiri Sarah menerusi hantaran di Instagram miliknya sebentar tadi.

“Kami dah dapat keputusan ujian calitan (swab test) pag ini (Selasa). Dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif Covid-19.

“Ini semua ketentuan Allah, kami menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada. Mohon semua doakan kami sekeluarga mengharungi 14 hari ini.

“Kami serah kan semuanya kepada Allah…Amin, Insya-Allah,” katnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Pembantu rumah positif Covid-19, Siti Sarah risau bayi dalam kandungan

Sarah atau Siti Sarah Raisuddin,37, menganggap dugaan yang menimpa keluargannya itu sebagai satu ujian dan hikmah disebaliknya.

“Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa yang terjadi ini sebagai satu hikmah. Doakan saya dan keluarga segera sembuh. Terima kasih.

“Saya nak jelaskan untuk elak salah faham, urusan perniagaan dan perkara lain berjalan seperti biasa. Pihak ‘admin’ akan muat naik di Instagram ini bagi pihak saya,” tulisnya.