Apa definisi berjaya? Kaya? Pangkat besar? Rumah besar?

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, berjaya bermaksud beroleh kemenangan, mencapai ke­majuan, berhasil. Lalu dimana pula letaknya berjaya ukurannya pada harta benda? Dapat capai posisi tertentu dalam kerjaya sedangkan setiap manusia jalan ceritanya berbeza, malah impian juga tidak sama.

Malah menerusi perkongsian Dr Yazeed Hair Johari, dia turut mempersoalkan persepsi berjaya yang dilihat hanya dipandang dalam skop yang dangkal. Berjaya hanya dilihat pada sudut material, namun tidak dilihat dalam skop kehidupan secara keseluruhan.

Ikuti perkongsian yang cukup membuka minda ini.

“Menyesal ke Tak Berjaya ?

Soalan famous kan sekarang ni ? korang sendiri dah tengok video viral tu … So tak perlu lah nak cerita panjang lagi

“ Menyesal tak dulu tak buat betul2?”

Menyesal tak zaman muda2 dulu main2 .. Sekarang tak berjaya ?

Tapi sekarang ni satu benda aku tak paham ?

Berjaya apa ?

Apakah ukuran berjaya kita sama ?

Kalau ikut definisi berjaya tu.  adalah sesuatu yang kita inginkan , Dapat dicapai .

Berjaya itu kalau ada pelajaran dan pangkat besar ?

Berjaya itu kalau jadi hartawan dan duit berjuta ?

Berjaya tu kalau ada company besar yang buat untung berlipt kali ganda ?

Berjaya apa yang kita nak capai ni ?

Sudah berjaya kah kita ?

Tak semua orang ada misi berjaya yang sama .

Kalau misi dia nak bebas hutang , Nak hidup merantau . Dia lebih enjoy macam tu . Dia berjaya lah apa yang dia nak ..

Tapi ?

Tapi kita lupa .. Kita ni masa lahir dekat dunia ni dulu pun kosong , Tak ada apa .

Tuhan kasi pinjam kita mak ayah , Adik beradik .untuk teman hidup kita

Kemudia tuhan pinjam kan lagi harta dunia .

Itu semua tuhan punya kerja , Dia nak kasi pinjam kemewahan harta dekat sapa sapa .. Itu hak dia

Dia nak kasi pinjam nikmat kesihatan pun hak dia ..

Ada orang kaya , Kereta mewah , Banglo besar . Hutang keliling pinggang . Bila allah tarik balik nikmat. Terus pokai , Bankrup . Ada yang bunuh diri

Ramai dah aku jumpa yang senang lenang terduduk macam ni …

Ada pula yang hidup sederhana , bebas hutang . Hidup happy dengan keluarga . Allah tak lupa . Tapi kalau satu hari nanti allah nak pinjam kan harta dunia . Dapat lah dia merasa . Tapi kalau tuhan taknak pun . Dia pun masih hidup selesa .

Hutang pun tak ada ..

Apa hak kita ?

Kita tak ada apa apa pun sebernarnya tuan tuan dan puan puan

Ini lah realiti yang ramai orang tak nampak

Semua benda yang kita ada dalam dunia ni atas kertas saja . Rumah , Kereta dan sebagainya .

Ada ke kau bawak mati , Ini barang2 semua ? Tak ada kan ?

Kau datang tangan kosong . Pergi pun tangan kosong

semuanya milik allah , Apa yang kau nak gaduhkan lagi ? Gaduh benda yang bukan milik sendiri .. Tak malu ke ?

Kita hamba saja ..

Kita hanya  watak yang allah mainkan di dunia ini . Nak tengok kita ni ingat dia atau tidak ?

Percaya tak dengan keagungan dan kekayaan dia ?

Jadi yang kita gelabah menuntut hak kekayaan muka bumi ini sebagai tanda berjaya tu apa ?

Kalau kita ada rezeki lebih , Tuhan pinjam kan saja . Itu je konsep dia

Aku bukan lah ustaz nak sembang bab ketuhanan ni . Aku pun bukan perfect

Tapi apa yang aku faham.  Aku hanya lah hamba sahaja yang tak punya apa . Semua yang aku dapat dan rasai dalam dunia ini hanyalah pinjaman semata mata

Tak malu ke kita mengaku harta dunia ni milik kita ?

Jadi layakkah kita tentukan siapa yang berjaya ? Siapa yang tidak berjaya ?

Mungkin orang yang tak berjaya pada mata kau tu , 100 kali ganda lebih baik di mata allah .

Sebab tu kena wasatiah . Jangan jadi hamba dunia , Jangan jadi Hamba manusia .

Tapi jadilah Hamba Allah yang satu .

Kita nak berubah ni pun Allah tentukan jugak . Kalau dia tak bagi berubah pun kau nak buat apa ?

So jangan kalut2 judge sana sini .. Ada yang tuhan pinjam kan nikmat dunia pda usia muda . Ada yang tuhan pinjam kan pda usia tua . Ada yang tak dapat lansung nikmat dunia sepanjag dia hidup

Jadi kau nak kecoh apa ? Biarlah allah buat kerja dia .

Macam aku , Allah kasi pinjam jadi doktor . Adakah aku berjaya ?

No ! Sebenarnya aku memegang watak doktor sahaja dalam dunia ni

Tugas aku rawat hamba2 dia yang lain . Sihat atau tidak , Bergantung pada usaha dan kerelaan dia ..  .

Dia nak tarik lesen aku anytime . Klinik2 aku tu dia nak tarik balik .. Bila2 masa saja ..

Ini semua pinjaman dunia .

Cuma Allah nak kita ingat dia je…

Sekarang ni allah kasi pinjam oksigen dah cukup bagus .  bersyukur . usaha . Tawakal dan serah padanya .

Sabar , Rilek dulu jangan menggelabah ,

Sedar lah Kau , Berpijak lah di bumi yang nyata

Sesungguhnya ..

Kita ni semua level Hamba je.”

Sumber : Yazeed Hair Johari