Lepat adalah antara kuih tradisional yang amat digemari oleh masyarakat Malaysia. Kali ini Saji kongsi resipi lepat betik yang sedap dan mudah disediakan. Sesuai dihidangkan waktu sarapan dan minum petang.

BAHAN
1 biji betik masak
3 ½ cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
½ cawan santan
½ biji kelapa muda
Garam
Daun pisang

CARA:
1.Layur daun pisang di atas api. Ketepikan.
2.Kisar betik hingga halus.
3.Kemudian gaul betik bersama tepung, gula dan santan. Gaul sebati. Ketepikan.
4.Ambil kelapa muda dan gaul sedikit dengan garam.
5.Ambil adunan lepat tadi dan letak di atas daun pisang. Buat ruang di tengah dan letakkan inti kelapa tadi. Bungkus.
6.Bila siap kesemuanya kukus hingga masak.