SUASANA pilu menyelubungi seluruh warga kerja kilang STMicroelectronics, Tanjung Agas, Muar, Johor yang telah meragut sebanyak 13 nyawa dalam tempoh dua minggu akibat Covit-19.

Seramai 1,000 pekerja kilang tersebut telah dikuarantin namun dilaporkan masih lagi beroperasi biarpun berlaku banyak kematian.

Notis perintah tutup premis dikeluarkan bermula pada 26 Julai 2021 sehingga 2 Ogos 2021.

Jumlah kematian itu tidak termasuk ahli keluarga yang meninggal dunia semasa dikuarantin kerana telah dijangkiti daripada kluster kilang itu.

Takziah buat semua keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah serta mendiang.