Kembali ke zaman primitif, g-string adalah sejenis pakaian untuk manusia tetapi pada zaman itu ia merupakan sejenis cawat untuk kaum lelaki. Pakaian ini dipercayai dipakai di kawasan yang beriklim panas di bahagian Afrika di mana ia menjadi pakaian pertama pada awal tahun 75000 dahulu.

Pada mulanya g-string dipakai oleh kaum lelaki untuk menutup bahagian hadapan mereka. Namun begitu pada masa kini, g-string kebiasaannya dipakai oleh kaum wanita sebagai pakaian renang atau seluar dalam.

APAKAH G-STRING?

G-string adalah sejenis pakaian dalam yang diperbuat daripada secebis kain yang hanya menutup bahagian hadapan yang mana tali halus menyambungkan ia melalui punggung dan sekeliling pinggang.

Istilah g-string digunakan apabila di bahagian belakang hanya tali halus yang menyambungkannya.

Semasa memakai g-string, punggung biasanya jelas kelihatan. Oleh sebab itu ia menjadi fesyen masa kini kerana wanita tidak perlu khuatir dengan garisan seluar dalam yang ketara nampak ketika memakai pakaian ketat, nipis dan berwarna cerah.

Sesetengah wanita di Barat memakai pakaian renang jenis g-string bagi mendapatkan kulit berwarna sawo matang.

Bagaimanapun, pakar perubatan mula menekankan beberapa isu bahawa g-string boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan dan keselamatan jika tidak dipakai dengan cara yang betul.

RISIKO PEMAKAIAN G-STRING

G-string dipercayai boleh menyumbangkan kepada jangkitan di faraj dan saluran kencing. Ini kerana g-string biasanya diperbuat daripada fabrik sinetik seperti nilon yang mana boleh memerangkap lembapan di dalam kawasan genital dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan bakteria potagen.

Pemakaian g-string yang terlalu kerap akan menyebabkan masalah kulit kerana tali halus di belakang sentiasa bergesel pada kulit. Geseran ini boleh menyebabkan kerosakan kulit dan meningkatkan risiko buasir.

Tip memakai G-string

Bagi mengurangkan risiko yang dinyatakan di atas, elakkan daripada memakai g-string setiap masa. Jika ada ingin memakai g-string, di sini terdapat beberapa tip yang perlu anda ketahui:

1. Elakkan   memakai   g-string   ketika   cuaca   panas   atau lembap.

2. Pakai  g-string  yang  diperbuat  daripada  kain  kapas  atau sutera.

3. Pilih saiz yang sesuai. Jangan memakai g-string yang ketat tetapi pilihlah yang sedikit longgar kerana boleh mengurangkan jangkitan bakteria.

4. Jangan  memakai  g-string  lebih  daripada  12  jam  dan tukarlah kepada seluar dalam yang biasa.

5. Jika  memakai  g-string  yang  diperbuat  daripada  bahan sinetik anda hendaklah memakai sanitary pads atau panty liners setiap hari dan menukarnya selalu.

6. Elakkan memakai pakaian renang g-string. Oleh itu, kenapa anda tidak mencuba pelbagai jenis pakaian yang tidak memerlukan anda memakai g-string? Jangan biarkan fesyen mengganggu kesihatan anda.

Foto : Instagram Victoria Secret