pkpd
GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK sembilan lagi lokaliti akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Isnin ini susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19.

Hampir semua lokaliti tersebut terletak di Sabah dengan hanya dua di Pahang.

Perkara berkenaan diumumkan Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hishammuddin, pelaksanaan PKPD selama dua minggu di lima lokaliti di Kota Kinabalu (KK) akan dikuatkuasakan dari 2 sehingga 14 Ogos depan.

Kawasan di KK yang terlibat ialah Lorong Kuala Laut Likas, Kampung Warisan, Kampung Darau Menggatal, Kampung Rakyat Baru dan Kuarters Pekerja Imbas Jaya, Jalan Kionsom.

Manakala dua lokaliti di Kampung Melulugus dan Lorong 3, Kampung Klias Baru di daerah Beaufort bermula dari 2 hingga 15 Ogos.

Turut dikenakan PKPD dalam tempoh sama di daerah Rompi, Pahang ialah di Bandar Melati dan Ladang Senang.

SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my.

Hishammuddin juga mengumumkan pelanjutan PKPD di dua lokaliti iaitu Pos Iskandar, Bera, Pahang dan Kampung Tinusa 2, Sandakan, Sabah.

PKPD di kedua-dua lokaliti itu sepatutnya tamat pada 1 Ogos tetapi dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 15 Ogos.

Sementara itu, setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi semasa, PKPD akan ditamatkan di 14 lokaliti mulai 1 Ogos.

Lokaliti-lokaliti berikuta ialah seperti carta di bawah.