Resipi tart telur Hong Kong ini memang sedap dan unik. Bolehlah cuba masak untuk keluarga. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN INTI
2/3 cawan gula
1 1/2 cawan air
9 biji telur- pukul sedikit
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan susu segar @ susu cair

BAHAN PASTRI

1/2 cawan gula kastor
1 cawan mentega
3 cawan tepung (tambah jika kurang)
1 biji telur -pukul sedikit
1 sudu kecil esen vanila

CARA:
1.Masukkan air dan gula dalam periuk. Masak dan biarkan mendidih sampai gula larut, matikan api dan sejukkan sepenuhnya.
2.Masukkan telur dalam mangkuk. Pukul sedikit guna hand whisk dan tapiskan ke dalam mangkuk lain.
3.Kemudian, masukkan susu dan vanila, gaul sebati. Masukkan pula air gula tadi (langkah 1), gaul rata dan tapis adunan sekali lagi dalam bekas bertutup hingga sedia untuk digunakan.
4.Untuk pastry: Satukan tepung dan gula dalam mangkuk.
5.Masukkan mentega, gaul rata guna tangan.
6.Kemudian, masukkan telur dan vanila, adun hingga menjadi doh yang lembut.
7.Ambil sedikit doh dan bentukkan guna jari dalam acuan tat. Jangan terlalu tebal nanti pastri kurang masak. Buat hingga habis.
8.Panaskan ketuhar pada suhu 170 C.
9.Susun pastri yang telah dibentukkan dalam dulang pembakar. Tuang inti tiga perempat penuh dan bakar guna api bawah sahaja selama lebih kurang 20 minit atau hingga inti sudah tidak cair lagi.

Resipi dan foto: Evelyn Gemina dari Blog My Baking Workshop