Cara buat kuih bingka pisang ini mudah dan tidak renyah. Bahan-bahan pun mudah didapati. Jom cuba!

BAHAN:
200 ml santan pekat
125 ml air
3 biji telur
5 biji pisang ranum
80 gm gula pasir
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar minyak sayur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Pisang yang sesuai seperti pisang embun, pisang emas, pisang rastali, pisang berangan dan pisang lemak manis.

CARA:
1.Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.
2.Sapuan acuan dengan mentega dan itu tuang adunan ke dalam acuan.
3.Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C sehingga masak.