Hidangan yang dimasak sendiri di rumah bukan sahaja lebih menjimatkan, malah lebih enak. Jom cuba resipi daging goreng jagung yang sedap dan tidak memerlukan banyak bahan ini.

BAHAN:
300 gm daging-potong kecil
3 ulas bawang merah-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
1 cm halia-hiris
½ sudu kecil garam
1 biji tomato-belah empat
1 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar sos tiram
4 batang jagung kecil- potong kecil
½ labu bawang besar-potong bulat
Minyak untuk menumis

CARA:
1.Gaul daging dan garam, perlahan kan api. Biar daging masak dan air kering.
2.Masukkan minyak dan kacau.
3.Masukkan bawang merah dan bawang putih serta halia.
4.Bila bawang layu, masukkan kicap dan sos tiram. Kacau.
5.Masukkan jagung, goreng hingga jagung layu.
6.Masukkan tomato dan bawang besar. Angkat dan hidang.

Resipi: Ruzita Ismail