Resipi cucur badak ini memang sedap dan mudah disediakan. Jom ikuti langkah demi langkah menyediakan kuih yang sedap dan lazat ini.

BAHAN INTI
15 ekor udang kertas – buang kulit dan potong empat
½ biji kelapa parut
½ cawan udang kering – rendam dan tumbuk kasar
5 tangkai cili kering – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
3 ulas bawang merah – kisar
2 batang serai – hiris halus dan kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar minyak
Garam dan gula s

BAHAN DOH
500 gm ubi keledek oren – kupas dan rebus hingga empuk
180 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi

CARA

1.UNTUK INTI : Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah, cili kering dan udang kering sehingga pecah minyak.
2.Masukkan kelapa parut, gula dan garam. Kacau rata.
3.Apabila agak kering masukkan udang basah dan gaul rata sehingga masak. Padamkan api . Ketepikan.
4.UNTUK DOH : Lenyek ubi keledek hingga hancur dan gaul dengan tepung gandum serta tepung ubi sehingga sebati. Uli sehingga menjadi doh. Bulat-bulat doh mengikut saiz yang dikehendaki dan masukkan inti di tengahnya serta tutup kembali dengan sempurna.
5.Goreng di dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana panas sehingga kuning keemasan.
Foto & Resepi: Salami Simon