PENYANYI rock terkenal, Amy Search berkongsi berita sedih mengenai pemergian ibu tercinta, Fatimah Idris yang meninggal dunia akibat sakit tua pada pukul 6 petang, semalam (Ahad).

Amy atau Suhaimi Abdul Rahman,63, memberitahu menerusi akaun Instagram miliknya, arwah ibunya menghembuskan nafas terakhir di rumah anak saudara di Kota Damansara, Petaling Jaya.

“Doakan ibu saya Fatimah Idris yang kembali ke Rahmatullah sebentar tadi (semalam).

“Arwah menghembuskan nafas terakhir di rumah anak saudara di Sunway Rimba Hills, Kota Damansara pada pukul 6 petang dan disahkan oleh penolong kanan Hospital Sungai Buloh pukul 10.45 malam.

“Insya-Allah arwah Mak akan dimandikan esok (hari ini) pukul 8 pagi di Masjid Kuning Kota Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara,” katanya..

Sementara itu, pelakon dan pengacara, Nabila Huda yang juga anak kepada Amy turut berkongsi rasa sedihnya di Instagram.

“Abil baru saja kehilangan seorang lagi nenek. Fatimah Idris. Al-Fatihah,” tulisnya.