Mesyuarat khas MT UMNO esok, krisis istana dan kerajaan antara tumpuan

Dari Penulis

UMNO akan mengadakan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) secara dalam talian petang esok bagi membincangkan mengenai isu politik semasa.

Perkara itu dimaklumkan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Ahmad Zahid, mesyuarat ini akan memperhalusi tindakan dan pendirian parti dalam mendepani politik semasa.

“UMNO amat prihatin dengan isu-isu semasa yang berlaku terutamanya menyentuh krisis hubungan antara istana dan kerajaan, pencabulan terhadap kedaulatan institusi raja, keluhuran Perlembagaan dan pemandulan terhadap amalan demokrasi berparlimen,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan mesyuarat berkenaan dijadual berlangsung pada pukul 4 petang.

“Tentunya mesyuarat tergempar ini (adalah) untuk membincangkan isu politik terkini. Antaranya hal kenyataan media Istana Negara, warkah Yang di-Pertuan Agong dan juga isu darurat, ordinannya serta penangguhan sidang Parlimen,” katanya.

Sabtu lepas Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin dalam kenyataan memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada Isnin ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Baca artikel berkaitan: Zahid mahu ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan kepada PM

Pemuda UMNO minta kerajaan segera perjelas isu pembatalan Ordinan Darurat

Kedudukan UMNO menjadi perhatian ramai memandangkang parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu mempunyai jumlah ahli Parlimen teramai dalam blok kerajaan.

Berikutan perkembangan mutakhir ini, pendirian UMNO terus dinantikan selepas kali terakhir Mesyuarat MT parti itu menyaksikan mereka menarik sokongan kepada Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, pendirian itu masih jadi tanda tanya kerana ahli-ahli Parlimen UMNO masih kekal dalam Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kesemua 104 perlawanan Piala Dunia 2026 disiarkan RTM, UnifiTV

KESEMUA 104 perlawanan Piala Dunia 2026 boleh ditonton di UnifiTV dan saluran-saluran utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) di platform...

More Articles Like This