Amaran – Kenyataan dan penggunaan kondom dalam artikel hanya terpakai kepada pasangan yang sudah berkahwin.

APABILA bercakap mengenai seks yang selamat, lelaki dan perempuan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa mereka menggunakan atau memilih kaedah pencegah kehamilan yang tepat.

Kondom adalah salah satu kaedah pencegah kehamilan yang biasa digunapakai sebagai perlindungan daripada kehamilan yang tidak dirancang dan terhadap jangkitan penyakit kelamin.

Ia juga salah satu kaedah yang mudah didapati dan mampu dibeli, dengan tidak perlu berkunjung ke klinik ataupun arahan daripada doktor tentang penggunaannya.

Walau bagaimanapun, mitos berkaitan tanggapan yang salah terhadap penggunaan kondom adalah merupakan perkara biasa, yang menyebabkan orang ramai mengelak daripada menggunakannya ataupun menggunakannya dengan kaedah yang salah.

UNTUK KAWALAN KELAHIRAN

Kondom adalah tidak lebih daripada lapisan nipis yang diperbuat daripada getah atau polyurethane yang menyarung keseluruhan bahagian zakar.

Ia menghalang sperma daripada memasuki faraj. Samalah juga tentang pertukaran cecair yang keluar daripada badan yang mana mungkin membawa kuman.

Kondom, jika digunakan dengan konsisten dan sentiasa betul, mempunyai 98 peratus ketepatan dalam mengelak kehamilan.

Walau bagaimanapun, masalahnya berpunca daripada cara penggunaan kondom. Jika kondom digunakan dengan cara yang salah atau tidak dengan setiap hubungan kelamin, kesilapan atau ‘ketidaksengajaan’ adalah sesuatu yang pasti akan berlaku.

Satu cara untuk meningkatkan kemujaraban dalam penggunaan kondom adalah dengan menggunakan buih pencegah kehamilan, krim, gel, film atau ubat pepejal yang dimasukkan ke dalam faraj yang membunuh semua sperma, sekiranya kondom yang digunakan mengalami kebocoran. Sesetengah kondom ada dilapisi dengan lapisan pembunuh sperma untuk memberikan perlindungan tambahan.

PERLINDUNGAN TERHADAP PENYAKIT KELAMIN

Kondom getah melindungi daripada jangkitan penyakit kelamin dengan menghalang cecair daripada badan mengalir keluar yang mana kemungkin telah dijangkiti. Ia dikenali untuk melindungi daripada HIV, chlamydia, syphilis, chancroid dan vaginitis yang disebabkan oleh trichomoniasis.

Kondom juga memberi perlindungan (walaupun tidak sepenuhnya) terhadap lain-lain jangkitan kuman melalui hubungan seks, seperti HPV (Human Papilloma Virus, yang menyebabkan penyakit kelamin dan kanser serviks), Hepatitis B Virus dan Herpes Simplex Virus (menyebabkan Herpes).

CARA PENGGUNAAN YANG BETUL

Pertama, peringatan ini harus diberi perhatian: lelaki harus sentiasa memakai kondom setiap kali melakukan hubungan kelamin (kemaluan atau oral). Melainkan kedua-dua belah pihak telah pasti bebas daripada sebarang penyakit jangkitan hubungan kelamin, setia pada satu pasangan ataupun hubungan yang telah sekian lama bersama dan telah bersetuju untuk menghadapi kehamilan.

Kondom harus dipakai sebelum melakukan hubungan seks kerana pra-ejakulasi juga boleh menyebabkan kehamilan. Pastikan juga anda berhati-hati apabila membuka bungkusan kondom, supaya kondom tidak terkoyak.

Picit atau tekan dengan menggunakan tangan untuk mengeluarkan udara. Selepas itu, sarungkan kondom pada keseluruhan zakar sehingga ke pangkalnya. Perbetulkan keadaan kondom supaya mana-mana bahagian yang mengelembung dapat diratakan.

Sekiranya perlu, gunakan pelincir berasaskan air seperti KY jelly, di atas lapisan kondom. Elak daripada menggunakan pelincir yang berasaskan minyak kerana ia boleh merosakkan lapisan getah kondom.

Keluarkan dengan segera sebaik sahaja pancutan berlaku. Untuk mengelakkan air mani daripada tumpah keluar, pegang kondom bertentangan dengan pangkal zakar, apabila menarik keluar kondom yang hendak dibuang.

Selepas itu, alihkan kondom, ikat dan simpulkan pada bahagian atasnya, balut dengan tisu sebelum dibuangkan ke dalam tong sampah.

Sekiranya kondom terkoyak ketika melakukan seks, keluarkannya secepat mungkin dan gantikan ia dengan kondom yang baru. Bersihkan sekiranya terdapat air mani yang tertinggal dengan menggunakan air atau sabun.

Jika air mani telah terbocor keluar dan memasuki faraj, apa yang harus difikirkan adalah kebarangkalian untuk hamil pasti akan terjadi.

Perkara yang terbaik tentang kondom adalah ia murah dan senang didapati. Gunakan ia bersama dengan cara atau kaedah pencegah kehamilan untuk memastikan kawalan kelahiran yang lebih baik.

Sememangnya, cara yang pasti untuk menjauhi penyebaran penyakit kelamin adalah untuk menyekat ataupun menahan diri daripada seks, atau bersama untuk jangka masa yang panjang, hubungan yang tidak lebih daripada satu pasangan yang mana pasangannya bebas daripada penyakit jangkitan kelamin ataupun penyakit kelamin.