KULIT yang cantik menaikkan lagi keserian wajah serta menambah kejelitaan seseorang wanita. Kadar minyak, ukuran pori-pori dan kadar kekeringan adalah antara faktor penentu jenis kulit yang dimiliki setiap individu.

Bagaimanapun, anda masih boleh melakukan perawatan wajah secara teratur dan jadikannya sebagai rutin harian anda.

MEMBERSIH

Buang segala kotoran seperti minyak berlebihan, debu dan sisa solekan yang melekat pada kulit muka. Lakukannya dua kali sehari dengan menggunakan pem­bersih yang bersesuaian de­ngan kulit anda.

MENYENTAL

Gunakan produk penyen­tal (skrub) khusus untuk pori­ pori kulit bagi membuang bintik hitam dan putih yang biasanya terdapat pada hidung.

MENYUBURKAN

Mungkin anda tidak sedar bahawa kulit wajah kita ke­lihatan tidak bermaya eko­ran terkena pancaran ma­tahari pada setiap hari dan peningkatan usia. Oleh itu, kulit wajah perlu disuburkan dengan serum yang mampu menghidratkan kembali kulit agar kelihatan lebih bermaya.

MENGHIDRATKAN

Losen yang diperkaya dengan antioksida tinggi mampu mengembalikan ke­anjalan kulit muka kerana ia bebas daripada sebarang radikal bebas yang boleh merosakkan kulit wajah.

MELINDUNGI

Sapukan secara lembut balm mata dengan hanya menggunakan hujung jari bagi mengatasi masalah ku­lit kusam akibat keletihan terutamanya di bawah ma­ta. Pada bahagian ini, tiada kelenjar minyak, jadi ia amat memerlukan lebih pe­nggalak lembapan.