KONFLIK perselisihan faham antara Siti Nordiana dengan penyanyi Lan Solo, Syura serta tiga lagi individu masih lagi belum berkesudahan.

Malah, menerusi luahan yang ditulis oleh isteri Lan, iaitu Sheila Hassim, mereka sedia memberi kerjasama bagi menyelesaikan isu yang sedang tegang ketika ini.

Kata Sheila, mereka juga berhak untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak Siti Nordiana atau Nana mengenai kemelut tersebut.

“Kami cuma mahu penjelasan… saya sedia beri kerjasama jika apa yang saya mulakan akan berakhir dengan kecaman. Tapi tak adil untuk kami.

“Mungkin perbuatan kami di anggap terang-terangan, bagaimana pula perbuatan belakang?

“”Kami sedia beri kerjasama. Kalau lah nilai RM1 juta itu adalah bayaran sebuah persahabatan.

“Tapi kami juga ada hak dan ruang untuk meminta penjelasan atas keadaan yang berlaku.

“Sebagaimana dia ada hak untuk menggunakan khidmat guaman, kami juga ada hak dan ruang,” katanya.

Luahan Sheila menerusi Instagram Story miliknya

Tambah Sheila lagi, dia turut mempersoalkan tindakan pihak Nana yang seolah-olah menutup ruang perbincangan untuk mereka mendapatkan penjelasan.

“Kalau dulu boleh saja buat panggilan video, mesej langsung (DM) dan WhatsApp, tapi kenapa sekarang semua itu tak boleh lagi terjadi?

“Kalau dulu semua boleh dikongsi, kenapa hari ini semua tak boleh? Dan kenapa tutup semua ruang perbincangan? Guna orang tengah untuk menyampaikan?,” luahnya.

ARTIKEL BBERKAITAN : Selain mohon maaf, Siti Nordiana tuntut bayaran RM200,000 setiap seorang terhadap Lan Solo, Syura & tiga individu , Lima individu sudah terima surat tuntutan Siti Nordiana, minta nasihat peguam , [VIDEO] Enggan nama ‘busuk’ difitnah, Siti Nordiana tuntut permohonan maaf Lan Solo, Syura & tiga lagi individu

Dalam pada itu, Sheila sudah dapat menjangkakan jika luahan mereka menerusi siaran langsung Instagram (IG Live) akan dimanipulasi segelintir pihak luar.

“Lama juga saya berdiam, saya biarkan semua kecaman, hencapan, caci maki dilemparkan terhadap kami.

“Saya sudah jangka luahan kami dimanipulasi. Kalau bukan kerana adanya provokasi yang dimulakan, pasti semua ini tak terjadi. Tapi…dah jadi dah pun.

“Saya manusia biasa dan punya perasaan bila mana asyik diasak soalan-soalan yang Kadangkala tak mampu nak kawal. Setahun lebih kami mencari dan minta penjelasan, kenapa kami diperlakukan begini.

“Senyap…sunyi…sepi! Panggilan telefon, WhatsApp dan DM semua disekat. Apa lagi yang perlu kami lakukan?,” tuturnya.

Bagaiamnapun, Sheila berharap kotnroversi itu berakhir dengan baik dan turut memaafkan mereka yang mengutuk dan mengecam tindakan mereka berlima.

“Percayalah, sehingga cerita ini ditulis, kecaman masih akan tetap berpihak kepada kami. Malah akan terus teruskan dimanipulasi.

“Siapa sahaja yang berusaha memperbaiki hubungan ini tetap dikecam kerana dikatakan menyebelahi kami.

“Dengan rendah hati, saya dan suami memaafkan semua kutukan, kecaman, kritikan terhadap kami.

“Cuma, adalah lebih baik yang ramai ini mendoakan segalanya berakhir dengan perkara yang baik daripada terus ‘play victim’ dan mencari jalan penyelesaian bagi pihak kami yang terang dan nyata kalian tidak berada di tempat kami,” jelasnya.

Kemelut bermula apabila Lan, Sheila, Syura, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin meluahkan perasaan rasa tidak senang dengan sikap Nana menerusi IG Live pada 20 Julai lalu.