BIARPUN gagal meraih pingat pada final aksi final acara 3 meter papan anjal wanita di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri tetap memberi impak besar kepada rakyat negara ini.

Penerjun berusia 22 tahun yang tidak pernah lekang dengan senyuman itu berjaya menduduki tangga ke-4 kutipan mata 326.15, hanya 17.6 mata di belakang pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat, Krysta Palmer.

Malah kejayaan Nur Dhabitah turut mendapat ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas aksi final itu kelmarin.

“Jangan sedih. Perjalanan anda masih jauh. Masih banyak kejayaan yang boleh dilakar termasuk pada edisi Sukan Olimpik akan datang. Senyumlah Nur Dhabitah!,’’ kata beliau dalam Facebooknya.

Baca artikel berkaitan: Terlepas gangsa, tapi Dhabitah menangi hati rakyat Malaysia

Untuk rekod ia merupakan penampilan kedua Nur Dhabitah dalam Sukan Olimpik, selepas menyertai Olimpik Rio pada 2016 ketika berumur 17 tahun.

Beliau sebelum ini pernah meraih pingat emas dalam acara 10m platform individu di Kejohanan Terjun Piala Asia di Bukit Jalil pada 2015.

Biarpun terlepas gangsa, tapi Nur Dhabitah menangi hati rakyat Malaysia.

“Terjunan saya konsisten. Cuma bukan rezeki saya kali ini. Jadi tiada apa yang perlu dikesalkan kerana saya sudah memberikan segalanya”.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram