Bagi mereka yang gemar menikmati juadah mi, apa kata cuba resipi mi suah ini. Rasanya sedap dan cara menyediakannya mudah. Jom cuba…pasti puas hati!

BAHAN MI
500 gm mi suah – celur hingga kembang
1 ketul dada ayam – rebus
4 batang jejari ketam – celur
4 batang putik jagung – celur
6 cendawan shiitake – rebus
6 biji bebola ikan – rebus
200 gm sayur bak choi – celur
2 biji telur rebus
2 biji limau nipis – potong empat
2 tangkai cili merah – hiris
Sedikit daun bawang – hiris

BAHAN KUAH
1 labu bawang putih – cincang
1 liter air
Sedikit stok ayam
Sedikit minyak bijan
Sedikit garam
Sedikit lada putih
Sedikit minyak masak

CARA
1.UNTUK KUAH : Tumis bawang putih sehingga hingga wangi. Selepas itu masukkan air dan stok ayam.
2.Apabila mendidih, masukkan minyak bijan, garam dan serbuk lada putih secukup rasa. Kacau sebati.
3.Dalam mangkuk masukkan mi suah, dan bahan mi lain seperti isi ayam, jejari ketam, bebola ikan, putik jagung, cendawan shiitake, bak choi, telur rebus, limau nipis, cili merah, dan daun bawang.
4.Tuang kuah yang telah dibuat ke dalam mangkuk. Sedia dinikmati.

Resipi: Ezani