GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK sembilan lagi lokaliti akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Khamis ini susulan peningkatan kes positif COVID-19.

Pelaksanaan PKPD di sembilan lokaliti tersebut dengan empat di Sabah; tiga di Terengganu dan dua lagi di Pahang.

Perkara berkenaan diumumkan Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hishammuddin, pelaksanaan PKPD di kesemua lima lokaliti itu akan dikuatkuasakan selama dua minggu sehingga 18 Ogos depan.

Kata beliau, Kampung Banjar, Keningau merupakan satu daripada lokaliti yang terbabit dalam pelaksanaan PKPD.

Selain itu, Hishammuddin berkata, satu lagi lokaliti di Sabah adalah Kem 3 Sibulu di Tenom.

Baca artikel berkaitan: Lima lokaliti kena PKPD, 16 lagi di Terengganu, Pahang, Sabah dilanjutkan

“Dua lagi lokaliti pula terletak di Penampang dan Tawau iaitu di Penampang Baru dan Depot Tahanan Imigresen Tawau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin memaklumkan, tiga lokaliti di Terengganu itu masing-masing dua di Kemaman dan satu di Kuala Terengganu.

Katanya, lokaliti di Kemaman terletak di Bukit Kuang, mukim Telok Kalong.

Kawasan itu, jelas beliau, membabitkan Taman Rakyat Bestari Fasa 1 hingga 4 dan Rumah Awam Kos Rendah 1 & 2.

“Satu lagi lokaliti adalah di mukim Manir, Kuala Terengganu.

“Pelaksanaan PKPD di Pahang pula terletak di Raub membabitkan Felda Tersang 1, 2 dan 3, mukim Batu Talam serta Felda Krau 1, mukim Gali,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram